PROGRAM WORLD #QuranHour DI UiTM CAWANGAN PAHANG KAMPUS JENGKA Perpustakaan Al-Bukhari dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Islam (UHEI), UiTM Cawangan Pahang telah menganjurkan Program World #QuranHour bersempena sambutan World #QuranHour yang berlangsung serentak di seluruh dunia pada 21 Ramadan 1447H. Program yang dilaksanakan secara hibrid (fizikal dan dalam talian) ini mendapat sambutan menggalakkan daripada warga UiTM Cawangan Pahang. Bacaan Surah Al-Muzzammil telah dipimpin oleh Muhammad Faridzul Amri Fadzil, Pegawai Eksekutif Kanan Unit Hal Ehwal Islam (UHEI), UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka. Program ini turut diserikan dengan kehadiran Rektor UiTM Cawangan Pahang bersama Ahli Jawatankuasa Eksekutif Negeri (JKEN) sebagai tanda sokongan terhadap usaha memperkukuh pembudayaan Al-Quran dalam kalangan warga universiti. Penganjuran program ini diharapkan dapat terus menyemarakkan kecintaan terhadap Al-Quran serta memperkukuh pembudayaan ilmu dan nilai-nilai murni dalam kalangan w...
Best Seller Mac 01/2026 Koleksi Best Sellers terbaru terdapat di Perpustakaan Al-Bukhari. Moh kita pinjam dan baca buku best seller yang ada di Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang. Anda boleh menghubungi Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang di talian (Telefon@WhatsApp 09-4602734) untuk sebarang pertanyaan dan perkhidmatan Books To Door Sevices yang disediakan oleh Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang. Sila ikuti maklumat terkini dilaman web rasmi kami di : https://library.uitm.edu.my/pahang #pabmembaca #libraryforall #bestsellers #PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa