Skip to main content

Posts

PAMERAN MAYA COVID-19

PAMERAN MAYA COVID-19  Pameran Maya sempena penularan wabak Covid-19 yang diadakan oleh Perpustakaan Al-Bukhari,UiTM Cawangan Pahang. klik SAYA
4 Mac 2019 Lawatan Panel-panel Auditor sempena Audit Penilaian Luar (ER) ke kampus UiTM Cawangan Pahang mulai hari ini 4 hingga 6 Mac 2019. Lawatan ini telah disambut mesra oleh YBrs Prof Madya Dr  Azhan Hashim , Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik (Menjalankan Tugas-tugas  Rektor UITM Cawangan Pahang ) dan para Ahli Mesyuarat Pengurusan Dalaman UiTM Cawangan Pahang. Panel yang hadir terdiri daripada: 1. En Mohamad Shahrimi Hashim (UiTM Cawangan Negeri Sembilan) 2. Dr Rafidah Kamarudin (UiTM Cawangan Negeri Sembilan) 3. En Yussri Sawani (UiTM Cawangan Sarawak) 4. Puan Rokiah Muda (UiTM Cawangan Terengganu) Lawatan ini dibawah kendalian En  Mohd Ikhsan Md Raus , Ketua Unit Pengurusan Kualiti UiTM Cawangan Pahang.
Jumaat, 26 April 2019 Alhamdulillah selesai CSR Program We Hear We Concern, With Knowledge we Lead@BJCK Program anjuran Entertainment of muslim art club (EAC) dan Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka, UHEI dan Fakulti Perakaunan  Antara aktiviti menarik yang diadakan ialah  Slot Explorace”Learning is FUN” yang merangkumi sesi membaca, mengira dan kerjasama di antara adik-adik peserta selain menambah minat adik-adik peserta untuk membaca di peringkat sekolah lagi.   Program mengaji mengenal tajwid oleh Muslim Art Club, memupuk semangat adik adik membaca dan mencintai al-Quran. Touch up BJCK mini library oleh team PAB. @uitm_caw_pahang  di  @bukujalananchowkit  bersama-sama adik-adik  #bjck   #pabuitmjengka #malaysiamembaca   #wakafbuku #pabmembaca Team PAB untuk touch up mini library Antara peserta dari fakulti perakaunan yang menyertai program ini Keadaan mini library setelah diubah...
28 Januari 2019 Ziarah En Mohd Nasir ( Bob Shah ) Pembantu Pustakawan  Perpustakaan Al-Bukhari Uitm Pahang  di Hospital Jengka oleh Pengurusan & Staf  Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang .
15 Februari 2019 Lawatan Kerja ke  Perpustakaan Al-Bukhari Uitm Pahang  bagi Program Jalinan Kerjasama & Perkongsian Pintar antara SMK Palong Timur dari Segamat, Johor bersama  Uitm Cawangan Pahang  hari ini.
26 Februari 2019 Pameran Gaza Palestin di  Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang  sepanjang bulan Disember 2018 - February 2019. Nantikan Pameran terkini kini setiap 3 bulan di Perpustakaan Al-Bukhari.
12 March 2019 Penyampaian Hadiah dan Sijil Anugerah Peminjaman Buku Terbanyak bagi pinjaman buku tahun 2018. Tempat Pertama : Amirah Salsabila binti Ab Rahim, Fakulti Sains Gunaan Tempat Kedua : Faqihatul Aqilah bt Mohd Sukri,  Fakulti Perakaunan Uitm Pahang Tempat Ketiga : Nurin Aisyah binti Ahmad Omar, Fakulti Sains Gunaan Anugerah Peminjam Buku Terbanyak adalah program yang dilaksananakan secara berterusan setiap tahun. Ini adalah untuk menggalakkan pelajar untuk meminjam dan seterusnya menambahkan ilmu melalui pembacaan. TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA PEMENANG, SEMOGA TERUS MENJADI GALAKAN KEPADA YANG LAIN. JOM PINJAM BUKU..READ@UNI # readuni # uitmmembaca # uitmpahangread # malaysiamembaca # pabmembaca