15 Julai 2020 Jam 8:40 pagi 2 orang staf Unit Arkib Universiti (Unit Rekod Universiti) Encik Razali bin Mat Sabu, Pembantu Pustakawan Kanan dan Puan Suhaina binti ibrahim, Pembantu Pustakawan dari Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka telah menjalankan satu Inspektorat penilaian Rekod Homogenous ke Unit Penilaian Akademik Bahagian Hal Ehwal Akademik (HEA) bagi tujuan permohonan pelupusan Rekod Homogenous iaitu jenis rekod skrip jawapan, 'Master copy' soalan & skema jawapan peperiksaan bagi tahun 2015-2016 berjumlah 60,000 helaian. Seorang staf Unit Penilaian Akademik Bahagian Hal Ehwal Akademik iaitu Encik Muhamad Fuazi bin Nasuruddin telah memberi kerjasama dan menunggu maklum balas dari Arkib Negara Malaysia (ANM) Negeri Pahang bagi tindakan seterusnya untuk proses pelupusan rekod Homogenous.