Nostalgia September Menelusuri detik, menghargai sejarah, menyemai semangat Malaysia. Di sebalik ribuan koleksi yang tersusun di rak Perpustakaan Al-Bukhari hari ini, pernah ada sebuah buku yang menjadi sebahagian daripada titik awal perjalanan perpustakaan di UiTM Pahang. Animal Biology oleh Alfred John Grove merupakan buku pertama yang ditempatkan di Perpustakaan UiTM Pahang. Buku ini dibeli oleh Koperasi Universiti Malaya (UM) pada 7 September 1984 dengan harga RM72.69. Pada 14 September 1984, buku tersebut telah diproses oleh Perpustakaan Tun Razak, Shah Alam sebelum dihantar ke Perpustakaan ITM Cawangan Pahang, Kuantan untuk menjadi rujukan para pelajar pada ketika itu. Setahun kemudian, pada 1985, Perpustakaan ITM Pahang mula ditubuhkan di Teluk Sisek, Kuantan sebelum berpindah ke kampus tetap di Bandar Jengka pada tahun 1993. Daripada sebuah buku, berkembanglah sebuah koleksi. Daripada sebuah koleksi, lahirlah sebuah perpustakaan. Dan daripada sebuah perpustakaan, tersimp...