Kunjungan Hormat ke Perpustakaan Awam Cawangan Jengka
๐ Tarikh: 12 Ogos 2025
๐ Tempat: Perpustakaan Awam Cawangan Jengka
Satu kunjungan hormat telah diadakan ke Perpustakaan Awam Cawangan Jengka pada 12 Ogos 2025 bagi membincangkan program kerjasama sempena sambutan Bulan Kemerdekaan.
Lawatan ini telah diketuai oleh Puan Nurfarawahidah, Pustakawan Kanan, diiringi oleh Encik Fadhli Samsudin, Pustakawan Kanan, serta dua orang staf perpustakaan.
Rombongan telah disambut mesra oleh Puan Norjuliana binti Abdullah selaku wakil Perpustakaan Awam Cawangan Jengka.
Perbincangan yang diadakan memberi fokus kepada perancangan bersama dalam menjayakan program yang bersifat patriotik, ilmiah dan berimpak komuniti, sekali gus memperkukuh hubungan strategik antara perpustakaan akademik dan perpustakaan awam.
Sila ikuti maklumat terkini dilaman web rasmi kami di
https://library.uitm.edu.my/pahang
#libphg
#pabmembaca
#libraryforall
#PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa
LIKE & FOLLOW FACEBOOK Perpustakaan Al-Bukhari:
https://www.facebook.com/library.uitm.pahang
Comments
Post a Comment