Skip to main content

Posts

Lawatan Prof. Hiroya Obaiyashi, Tokyo University of Agriculture

Perpustakaan Al-Bukhari Uitm Pahang telah menerima kunjungan Professor Hiroya Obaiyashi, Pensyarah Tokyo University of Agriculture, Jepun pada 16 Februari 2017. Kunjungan ini telah diiringi oleh beberapa pensyarah Fakulti Perkayuan yang diketuai oleh Prof. Dr. Jamaludin b. Kasim. Turut mengiringi kunjungan ini ialah PM Dato' Dr. Haji Hilmi AB Rahman.

Kursus Asas Pengurusan Rekod

Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia Cawangan Pahang (ANM) telah menganjurkan Kursus Asas Pengurusan Rekod, Pegawai Rekod Jabatan & Pembantu Tadbir Rekod Jabatan pada hari Rabu, 15 Februari 2017. Sebanyak 2 sesi kursus telah diadakan. Sesi pertama disampaikan oleh Puan Syazwani bt. Salleh, Penolong Pengarah 1, Arkib Negara Malaysia Cawangan Pahang manakala sesi kedua pula telah disampaikan oleh En. Norhazlan Nordin, Pustakawan Kanan Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang. Kursus yang diadakan selama sehari ini telah dihadiri oleh 42 orang peserta dari pelbagai bahagian dan jabatan di UiTM Cawangan Pahang.

Bacaan Yasin Dan Ihya Ad-Din

Setiap 2 kali sebulan Pepustakaan Al-bulkhari akan mengadakan Majlis Bacaan Yasin dan Tazkirah Ihya Ad-Din dengan kerjasama Pihak ACIS.

PEMUSNAHAN REKOD AWAM UiTM CAWANGAN PAHANG KAMPUS JENGKA OLEH UNIT ARKIB UNIVERSITI, PERPUSTAKAAN AL-BUKHARI

Tahun 2017 dimulakan dengan kerja-kerja pemusnahan rekod awam UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka pada 20 Januari 2017 (Jumaat)   yang lalu oleh Unit Arkib Universiti, Perpustakaan Al-Bukhari. En Norhazlan B. Nordin selaku Ketua Unit Arkib Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang dengan kerjasama semua staf perpustakaan telah berjaya melaksanakan proses pemusnahan rekod yang melebihi tempoh simpanan setelah mendapat kelulusan daripada Arkib Negara Malaysia Cawangan Pahang. Pelupusan rekod ini akan meningkatkan kecekapan pengurusan dan pentadbiran dengan melaksanakan pelupusan rekod secara efisien dan sistematik, serta dapat menjimatkan perbelanjaan dan ruang dengan mematuhi keperluan perundangan. Sejumlah 42 tajuk siri dengan 4.17 meter panjang rekod telah dimusnah dengan cara merincih menggunakan mesin rincih di Unit Pengurusan Harta Benda, Pejabat Bendahari UiTM Cawangan Pahang. Ia merupakan kejayaan pertama dalam melaksanakan proses pemusnahan rekod sejak mengambil al...
PEMUSNAHAN REKOD AWAM UiTM CAWANGAN PAHANG KAMPUS JENGKA OLEH UNIT ARKIB  UNIVERSITI, PERPUSTAKAAN AL-BUKHARI Oleh : Pn. Norfitriah Bt Mat Seman Tahun 2017 dimulakan dengan kerja-kerja pemusnahan rekod awam UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka pada 20 Januari 2017 (Jumaat)  yang lalu oleh Unit Arkib Universiti, Perpustakaan Al-Bukhari. En Norhazlan B. Nordin selaku Ketua Unit Arkib Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang dengan kerjasama semua staf perpustakaan telah berjaya melaksanakan proses pemusnahan rekod yang melebihi tempoh simpanan setelah mendapat kelulusan daripada Arkib Negara Malaysia Cawangan Pahang. Pelupusan rekod ini akan meningkatkan kecekapan pengurusan dan pentadbiran dengan melaksanakan pelupusan rekod secara efisien dan sistematik, serta dapat menjimatkan perbelanjaan dan ruang dengan mematuhi keperluan perundangan. Sejumlah 42 tajuk siri dengan 4.17 meter panjang rekod telah dimusnah dengan cara merincih menggunakan mesin rincih...

Hari Inovasi UiTM Cawangan Pahang 2016

Assalamualaikum w.b.t & Salam sejahtera Tahun 2016 hampir melabuhkan tirainya. Pada 15 Disember lalu telah pun berlangsung Hari Inovasi UiTM Cawangan Pahang. Hari Inovasi ini dianjurkan dengan jayanya oleh pasukan daripada Perpustakaan Al-Bukhari Uitm Pahang & Pejabat Bendahari dengan tema “Invention & Innovation Through Design” Pihak perpustakaan yang telah dipimpin oleh Pn. Rosnita bt. Ja’afar (Timb. Ketua Pustakawan) telah pun menerima pelbagai anugerah yang telah diperta ... ndingkan iaitu: 1. Johan Keseluruhan pertandingan Kualiti 2. Johan Anugerah Kualiti Rektor (AKUR) Bahagian pentadbiran 3. Johan Pengurusan Fail & Rekod Terbaik 4. Johan Piagam pelanggan Terbaik 5. Johan pengurusan kaunter Terbaik 6. Tempat ketiga 5s kategori pejabat 7. Tempat Ketiga kategori Bilik Contoh/ceria Bahagian Pentadbiran Ucapan tahniah juga diucapkan kepada staf perpustakaan yang telah pun mendapat anugerah berikut: 1. Anugerah perkhidmatan Cemerlang – Pn Noor Azliz...

PROGRAM PERTANDINGAN FOTOGRAFI : “EXPLORE, TREKKING, SNAP” 1001 KHAZANAH KEM SERI GADING, ANJURAN PUITM CAWANGAN PAHANG SEMPENA BULAN INOVASI UITM CAWANGAN PAHANG.

Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang telah berjaya mengadakan Program Pertandingan Fotografi : “Explore, Trekking, Snap” 1001 Khazanah Kem Seri Gading sempena Bulan Inovasi UiTM Cawangan Pahang pada 03 November 2016 yang lalu yang yang diuruskan oleh En Mohamad Fuad B. Khalid (Pembantu Pustakawan) dan ahli jawatankuasanya.. Program ini disertai seramai 30 orang peserta dimana setiap peserta perlu “SNAP” keindahan alam yang terdapat di sekitar Kem Seri Gading UiTM Caw. Pahang khususnya pelbagai spesis cendawan serta tumbuhan liar. Program ini menjadi semakin meriah dengan kehadiran Rektor UiTM Caw. Pahang. Rektor juga telah memberi sedikit taklimat kepada peserta berkaitan dengan sejarah penubuhan UiTM Caw.Pahang dan Kem Seri Gading. Pengalaman yang dikongsikan menarik minat ramai peserta dan juga pengetahuan baru bagi staf baru. Peserta dikehendaki menghantar 5 keping gambar penyertaan kepada pihak Perpustakaan Al-Bukhari dan akan dinilai oleh juri yang dilantik khas....