Program Jom Baca Bersama 10 Minit yang berlangsung pada 23 April 2026 telah diadakan dalam suasana yang meriah dan penuh makna. Seramai 70 orang peserta telah bersama-sama menjayakan program ini, melibatkan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Bandar Tun Abdul Razak Jengka, pelajar UiTM serta staf perpustakaan. Kehadiran pelbagai lapisan usia ini mencerminkan semangat kebersamaan dalam menyemai budaya membaca. Peserta turut dibawa menjelajah sekitar kampus UiTM termasuk lawatan santai ke kawasan ladang nanas. Aktiviti ini bukan sahaja memberi pengalaman baharu, malah mewujudkan suasana yang lebih santai serta mengeratkan interaksi antara peserta. Apabila tiba waktunya, semua peserta berhenti seketika dan meluangkan 10 minit bersama bahan bacaan masing-masing. Walaupun singkat, momen ini tetap memberi makna sebagai ruang untuk kembali kepada ilmu dalam kesibukan harian. Program diteruskan dengan sesi perkongsian yang membuka ruang kepada peserta untuk berkongsi pengalaman dan pandangan, sek...