Skip to main content

Posts

Best Seller 08/25

 Best Seller 08/25 Koleksi Best Sellers terbaru terdapat di Perpustakaan Al-Bukhari. Moh kita pinjam dan baca buku best seller yang ada di Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang.  Anda boleh menghubungi Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang di talian (Telefon@WhatsApp 09-4602734) untuk sebarang pertanyaan dan perkhidmatan Books To Door Sevices yang disediakan oleh Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang.  Sila ikuti maklumat terkini dilaman web rasmi kami di : https://library.uitm.edu.my/pahang  #pabmembaca #libraryforall #bestsellers #PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa
  Jom Baca Bersama 10 Minit 2025 – Selesai dengan jayanya! #pabmembaca   #malaysiamembaca Alhamdulillah, program Jom Baca Bersama 10 Minit telah berjaya dilaksanakan pada 23 April 2025, tepat jam 11:00  pagi di Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang. Bertemakan "Nikmati Saat Ini", para peserta meluangkan masa selama 10 minit untuk menyelami dunia ilmu dan menghayati keindahan membaca bagi menyemarakkan budaya membaca dalam kalangan warga kampus dan komuniti setempat. Selain itu, aktiviti seperti “book review” iaitu ulasan ringkas berkaitan buku yang dibaca serta aktiviti “MyReading” iaitu pendaftaran bahan bacaan peserta ke dalam portal PERMATA turut dijalankan bagi membantu para peserta dalam pembacaan yang lebih sistematik dan konsisten seiring dengan “SDG 4: Quality of Education”. Terima kasih kepada semua yang turut serta dan memberi sokongan! Nantikan sorotan gambar dan video sepanjang program di laman media sosial kami.

🌿 Just 1 DAY to GO! 🌿

  🌿 Just 1 DAY to GO! 🌿 Are you ready to be part of something BIGGER than yourself? Join the City Nature Challenge 2025 – Pahang, Malaysia as we step into the wild and discover the biodiversity treasures of Maran, Jerantut & Raub! 🐝 🦉 🍃 📸 Snap photos of nature. 📲 Upload them to iNaturalist. 🌍 Contribute to global citizen science efforts. Together, let's raise awareness, protect our environment, and showcase the natural wonders of Pahang to the world! 💪 💚 See you out there tomorrow! Let’s make a difference, Pahang nature heroes! 📲 Tag your posts and be part of the movement! #CityNatureChallenge #CityNatureChallenge2025 #CitizenScienceMonth #10YearsOfNature #CitizenScience #libphg #pabmembaca #libraryforall #PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa #OneMillionActsofScience

HARI INI....JOM BACA BERSAMA 10 MINIT

  HARI INI....JOM BACA BERSAMA 10 MINIT JOM MEMBACA 10 MINIT "Nikamti Saat Ini" Sempena sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia, Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang menjemput semua warga UiTM untuk menyertai program Jom Membaca 10 Minit!  Tarikh: 23 April 2025  Masa: 11:00  pagi  Lokasi: Ruang LCE, Perpustakaan Al-Bukhari  Bahan bacaan disediakan oleh pihak perpustakaan. Luangkan hanya 10 minit masa anda untuk bersama-sama membaca dalam suasana yang harmoni dan penuh inspirasi.  e-Sijil penyertaan akan diberikan kepada semua peserta. Mari kita semarakkan budaya membaca sebagai amalan harian dan jambatan perpaduan dalam komuniti ilmu.  Semua warga UiTM dijemput hadir! Jumpa anda di sana! #libphg #pabmembaca #libraryforall   #PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa #jommembaca10minit #nikmatisaatini #malaysiamembaca #bangsamembacabangsaberjaya #jombacabersama10minit2025 #pahangmembaca #puitmmembaca

2 hari lagi....

  2 hari lagi.... "Nikamti Saat Ini" Ayuh meriahkan lagi sambutan "Jom Baca Bersama 10 Minit@PUiTM"! "Membaca adalah alat paling dasar untuk meraih hidup yang baik." -Joseph Addison- Jangan lepaskan peluang ini!! Sebagai tanda sokongan, kongsikan gambar menarik anda ketika membaca di Facebook atau Instagram dan sertakan tanda pagar: #libphg #pabmembaca #libraryforall #PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa #nikmatisaatini #malaysiamembaca #bangsamembacabangsaberjaya #jombacabersama10minit2025 #pahangmembaca #puitmmembaca

BUKU PERCUMA UNTUK STAF!

  BUKU PERCUMA UNTUK STAF! Sumbangan istimewa dari JAKIM Kepada semua staf bahagian/fakulti, anda dialu-alukan untuk mendapatkan buku bertajuk: " Adab Perbezaan Pendapat Dalam Islam" Karya: Dr. Taha Jabir Fayyad al-‘Alwani Buku ini membincangkan dengan mendalam tentang bagaimana Islam mengajarkan kita untuk beradab dalam berbeza pendapat – satu nilai yang sangat relevan dalam dunia hari ini. Buku-buku ini boleh didapati secara PERCUMA di ruang legar Perpustakaan Al-Bukhari. Jangan lepaskan peluang ini untuk menambah ilmu dan memahami keindahan adab dalam Islam. SILA AMBIL PERCUMA. Ilmu yang bermanfaat itu untuk dikongsi, bukan disimpan #libphg #libraryforall #pabmembaca #uitmpahangmaju #uitmdihatiku #PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa