Skip to main content

Posts

MUTIARA KATA

 "Hormatilah ruang orang lain kerana komunikasi yang baik bukan sekadar tentang apa yang kita katakan, tetapi juga bagaimana kita menghormati orang di sekeliling kita."
Recent posts

MUTIARA KATA

Diam bukan bermakna tiada komunikasi. Kadangkala, bahasa tubuh menyampaikan lebih banyak perkara daripada kata-kata.  

TAHNIAH KEPADA PARA PEMENANG!

  TAHNIAH KEPADA PARA PEMENANG! Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada para pemenang Pertandingan Vlog Pahang Book Fair 2026 atas kejayaan dan pencapaian yang membanggakan! Johan: Nik Aina Nadiah binti Nik Aris Naib Johan: Puteri Ayu Maisarah binti Jamal Tempat Ketiga: Nurfatihah Nabila binti Ahmad Ja’afar Ketiga-tiga pemenang merupakan pelajar Fakulti Sains Gunaan, Universiti Teknologi MARA (UiTM). Kejayaan ini merupakan hasil kreativiti, usaha dan komitmen yang ditunjukkan dalam menghasilkan karya vlog yang menarik dan berkualiti. Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus berkarya, mencipta inspirasi dan mengharumkan nama universiti. Syabas dan tahniah! Teruskan melakar kejayaan! #PahangBookFair2026 #PertandinganVlog #TahniahPemenang #UiTM #UiTMCawanganPahang #BudayaMembaca

MUTIARA KATA

  Ibadah bukan untuk dipandang manusia, tetapi sebagai tanda ketaatan kepada Allah SWT. Jangan sampai amalan yang dilakukan dengan susah payah menjadi sia-sia kerana hati terlalu mengharapkan sanjungan dan pujian. Ingatlah, manusia hanya melihat apa yang kita lakukan, tetapi Allah SWT mengetahui apa yang tersimpan di dalam hati. Biarlah amalan kita tidak dipuji manusia, asalkan diterima oleh Allah. Kerana nilai sesuatu ibadah bukan terletak pada pujian yang diterima, tetapi pada keikhlasan hati ketika melakukannya. Ya Allah, bersihkanlah hati kami daripada sifat riak dan jadikanlah setiap amalan kami ikhlas semata-mata kerana-Mu.

MUTIARA KATA

  Hidup ini terlalu berharga untuk dihabiskan tanpa tujuan. Pilihlah sesuatu yang layak diperjuangkan, berpegang teguh pada prinsip yang benar dan jadikan keredaan Allah sebagai matlamat utama kehidupan.

MUTIARA KATA

  Jadilah insan yang berusaha melakukan kebaikan secara menyeluruh, kerana nilai diri yang sebenar terserlah melalui keselarasan antara kata-kata, perbuatan dan akhlak.

MUTIARA KATA

  Pengajarannya: Kebahagiaan bukan semata-mata datang daripada banyaknya wang. Apabila kita menjalani hidup dengan fikiran positif, hati yang tenang, bersyukur dan melakukan sesuatu dengan ikhlas , kita lebih mudah melihat peluang, membina hubungan yang baik dan menghasilkan kerja yang berkualiti.