Skip to main content

TAHNIAH KEPADA PARA PEMENANG!

 TAHNIAH KEPADA PARA PEMENANG!




Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada para pemenang Pertandingan Vlog Pahang Book Fair 2026 atas kejayaan dan pencapaian yang membanggakan!
🥇 Johan: Nik Aina Nadiah binti Nik Aris
🥈 Naib Johan: Puteri Ayu Maisarah binti Jamal
🥉 Tempat Ketiga: Nurfatihah Nabila binti Ahmad Ja’afar
Ketiga-tiga pemenang merupakan pelajar Fakulti Sains Gunaan, Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Kejayaan ini merupakan hasil kreativiti, usaha dan komitmen yang ditunjukkan dalam menghasilkan karya vlog yang menarik dan berkualiti.
Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus berkarya, mencipta inspirasi dan mengharumkan nama universiti.
Syabas dan tahniah! Teruskan melakar kejayaan!🌟

Comments

Popular posts from this blog

Mutiara Kata@PAB

               04  Januari  2022 MUTIARA KATA @ PERPUSTAKAAN  AL-BUKHARI Sila ikuti maklumat terkini di laman web rasmi kami di : KLIK SINI LIKE & FOLLOW FACEBOOK Perpustakaan Al-Bukhari : https://www.facebook.com/library.uitm.pahang Sekian, terima kasih.

Ulasan Buku : Petua Menangani STRES

  17 November 2020 Tajuk Buku : Petua Menangani STRES Penulis : Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah, Haji Muhammad Zakaria, Muntazah Tumian dan Mahfuzah Omar Penerbit : Telaga Biru Sdn. Bhd. Tahun Terbitan : November 2017 Kehidupan anda dalam era globalisasi hari ini mengundang tekanan dari semua arah. Tekanan ini mengenai semua golongan dari pelajar hingga kepada ibu bapa, pekerja, golongan profesional, pemimpin dan rakyat jelata. Stres menjadikan diri kita tertekan, produktiviti diri menurun, jiwa tidak tenteram dan tindakan menjadi tidak rasional. Pada masa yang sama timbul perasaan marah, geram, lemah dan hilang keyakinan diri. Stres berpunca daripada sifat semula jadi yang tidak stabil seperti terlalu inginkan kemenangan, bersikap perfectionist, suka mendesak, risau keterlaluan, tidak mahu menerima teguran, bersangka buruk dan berdendam. Untuk menghindarkan diri daripada fenomena ini, kita perlu menangani stres dengan bijak. Jika stres tidak boleh dihilangkan sepenuhnya, ia per...

Adab Memberi Salam

Keperluan Memberi Salam Allah subhanahu wa Ta’aalaa berfirman: يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا لاَ تَدْخُلُوا بُيُوتًا غَيْرَ بُيُوتِكُمْ حَتىَّ تَسْتَأْنِسُوا وَتُسَلِّمُوا عَلَى أَهْلِهَا ذَالِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah yang bukan rumahmu sebelum meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya.Yang demikian itu lebih baik bagimu, agar kamu (selalu) ingat”.   (QS. an-Nur: 27) Rasulullah Shallallahu ’alaihi wa sallam bersabda: حَقُّ اْلمُسْلِمِ عَلَى اْلمُسْلِمِ سِتٌّ إِذَا لَقِيتَهُ فَسَلِّمْ عَلَيْهِ . . “ Hak seorang muslim atas muslim lainnya ada enam perkara: (1) Apabila engkau menjumpainya engkau berikan salam kepadanya. (2) Apabila ia mengundangmu engkau memperkenankan undangannya. (3) Apabila ia meminta nasihat, engkau menasehatinya. (4) Apabila ia bersin dan memuji Allah, hendaklah engkau mentasymitkannya (berdoa untuknya). (5) Apabila ia sakit hendaklah engkau menjenguknya. (6) Ap...