Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dikesempatan ini, saya
mewakili staf Perpustakaan Al Bukhari ingin mengucapkan Selamat Menyambut
Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga UiTM Cawangan Pahang Kampus Khazanah
Alam. Semoga dengan menjelangnya Hari Raya Aidilfitri ini akan merapatkan
lagi hubungan kerjasama sesama staf serta merapatkan kembali keakraban
jalinan ukhuwah sesama kita. Saya ingin memohon ampun dan maaf kepada semua
warga UiTM Cawangan Pahang andai ada yang terguris hati sepanjang berurusan
dengan saya atau staf-staf saya di Perpustakaan Al Bukhari. Selamat Hari Raya
AidilFitri, maaf zahir dan batin. Kepada yang pulang ke kampung halaman,
berhati2 di jalan raya, memandu dengan berhemah, semoga selamat sampai ke
destinasi yang dituju.
Rosnita Ja'afar
Timbalan Ketua Pustakawan
|
17 November 2020 Tajuk Buku : Petua Menangani STRES Penulis : Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah, Haji Muhammad Zakaria, Muntazah Tumian dan Mahfuzah Omar Penerbit : Telaga Biru Sdn. Bhd. Tahun Terbitan : November 2017 Kehidupan anda dalam era globalisasi hari ini mengundang tekanan dari semua arah. Tekanan ini mengenai semua golongan dari pelajar hingga kepada ibu bapa, pekerja, golongan profesional, pemimpin dan rakyat jelata. Stres menjadikan diri kita tertekan, produktiviti diri menurun, jiwa tidak tenteram dan tindakan menjadi tidak rasional. Pada masa yang sama timbul perasaan marah, geram, lemah dan hilang keyakinan diri. Stres berpunca daripada sifat semula jadi yang tidak stabil seperti terlalu inginkan kemenangan, bersikap perfectionist, suka mendesak, risau keterlaluan, tidak mahu menerima teguran, bersangka buruk dan berdendam. Untuk menghindarkan diri daripada fenomena ini, kita perlu menangani stres dengan bijak. Jika stres tidak boleh dihilangkan sepenuhnya, ia per...
Comments
Post a Comment