Skip to main content

DARI MEJA TIMBALAN KETUA PUSTAKAWAN


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

 

Alhamdulillah, sekali lagi diberi kesempatan oleh Allah s.w.t atas usia yang dikurniakan, kenikmatan yang diberikan dan kebahagiaan yang tiada nilainya. Selamat Menyambut Tahun Baru 2013 diucapkan kepada semua warga UiTM Cawangan Pahang.

 

Perpustakaan Al-Bukhari dengan rasa syukur ingin menyampaikan penghargaan kepada pihak pengurusan kerana bangunan dan persekitaran perpustakaan yang lebih selesa yang diidam-idamkan selama ini telahpun diduduki dan beroperasi sepenuhnya. Terima kasih tidak terhingga juga kepada yang warga UiTM Cawangan Pahang yang membantu dalam memastikan keadaan persekitaran bangunan baru ini lebih kondusif untuk para pelanggan. Kita ingin para pengunjung perpustakaan bersama-sama memastikan yang terbaik ini kita pelihara bersama, dari segi kebersihan, prasarana dan koleksi bukunya.

 

Perpustakaan juga sentiasa memberikan ruang kepada pelanggan untuk memberikan maklum balas dan cadangan bagi meningkatkan lagi mutu perkhidmatan yang terbaik. Setiap maklum balas dan cadangan diberikan perhatian yang utama supaya peningkatan dalam perkhidmatan dan koleksi bahan dapat terus ditambah baik istimewa untuk pelanggan perpustakaan yang disayangi.  Kami juga menggalakkan pelanggan untuk memberikan cadangan aktiviti untuk sama-sama kita laksanakan tahun ini. Pelbagai medium digunakan bagi memastikan maklumat terkini dimaklumkan kepada pelanggan iaitu menggunakan facebook, blog, emel dan papan kenyataan.

 

Kepada semua staf Perpustakaan, laksanakan tugas dengan 6 prinsip baru transformasi sektor awam yang di ilhamkan oleh YAB Perdana Menteri CTI (Cepat, Tepat dan ber Integriti) dan PCI (Productivity, Creativity dan Inovasion) supaya kita semua dapat meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada para pelanggan perpustakaan.

 

Sekian, terima kasih.

Timbalan Ketua Pustakawan

 

Comments