31 Mac 2021
Persiapan Pameran Kesedaran Kesihatan Mental
Unit Kesihatan, UiTM Cawangan Pahang dengan kerjasama Perpustakaan Al-Bukhari telah menganjurkan satu Pameran Kesedaran Kesihatan Mental: Kesihatan Mental untuk Semua.
Dalam proses ini pihak perpustakaan telah menyediakan tempat dan kelengkapan bagi penyediaan pameran dan segala maklumat pameran ini telah disediakan oleh staf Unit Kesihatan. Semua maklumat berkaitan pameran ini telah dipamerkan dan terdapat juga kuiz yang boleh disertai oleh pengguna perpustakaan.
Pameran berlangsung dari selama sebulan dari 01 April hingga 30 April 2021
Comments
Post a Comment