Skip to main content

Ulasan Buku : MENALAR MAKNA DIRI : Kembara Menjejak Imam Birgivi

05 Mei 2021


 MENALAR MAKNA DIRI : Kembara Menjejak Imam Birgivi


"...Renungi keadaan hatimu, kiblatkan ia kepada kebenaran. Pelihara kejernihannya, kekalkan ia dalam ketenteraman. Dengan yang demikian itu, engkau tidak akan terpesong, menjauhi dirimu yang hakiki." - Imam Birgivi (1573) -


Penulis : Hasrizal Abdul Jamil

Penerbit : Grup Buku Krangkraf Sdn. Bhd.

Tahun Terbitan : 2014

ISBN : 9789678604413

No. Panggilan : BP170.85.h37 2014

Makna Diri: Kembara Menjejak Imam Birgivi adalah sebuah naskhah travelog yang merakam pengalaman Hasrizal Abdul Jamil mengembara untuk mencari dan menganalisa bahan rujukan bagi mengkaji pemikiran dan perjuangan seorang tokoh penting Dawlah Uthmaniyyah Abad ke-16, Muhammad bin Pir Ali al-Birkawi, atau lebih dikenali sebagai Imam Birgivi.


Pengembaraan ini bukan sekadar pengembaraan akademik bagi menyempurnakan pengajian beliau dalam Sarjana Pengajian Islam (Pengajian Arab dan Tamadun Islam) di UKM, tetapi ia juga adalah pengembaraan ukhuwwah, tarbiyyah, mehnah, keringat dan air mata, pada memartabatkan disiplin sejarah, saat ia dipinggirkan oleh massa.
Perjalanan merentas gunung melintas benua, terhimpun padanya keseriusan amanah ilmu, namun terselit juga kelucuan persahabatan melangkau batas bangsa dan bahasa, Hasrizal Abdul Jamil mempersembahkan naskhah ini sebagai sumbangan beliau pada mempromosi bidang sejarah, kajian tokoh dan ilmu pengetahuan itu sendiri, sebagai dasar tempat berdirinya ummah zaman berzaman.


Pengembaraan ini bukan sekadar menemukan Hasrizal Abdul Jamil dengan Imam Birgivi yang dikaji, tetapi membantunya menalar usia di persimpangan 40'an, pada menemukan beliau dengan dirinya yang dicari, selama ini.




Untuk maklumat Lebih Lanjut, Anda boleh berhubung dengan staf
kami dengan menghubungi @ whatsApp di talian :

Kaunter Utama Perpustakaan Al-Bukhari (PAB) : 09-4602734





Comments