Skip to main content

Ulasan Buku : Siapa ALLAH di hatimu? [Daripada Penulis "BERTANYA TENTANG TUHAN"]

    04 Ogos 2021


Siapa ALLAH di hatimu?

[Daripada Penulis "BERTANYA TENTANG TUHAN"]

...ku coretkan naskah ini agar kita bercerita bukan sekadar sebagai hamba, tetapi sebagai pencinta.

Penulis :IBNU RIJAL '
(daripada penulis BERTANYA TENTANG TUHAN)
Penerbit : Mustread Sdn. Bhd.
Tahun Terbitan : 2013
ISBN : 9789670392394
No. Panggilan : BP188.2.I26 2013

Buku ini akan membawa pembaca menyingkap rahsia kasih sayang ALLAH SWT yang sering kita pandang sepi. Kita seringkali memikir untuk menyembah ALLAH S.W.T tetapi jarang sekali memikir untuk menyinta ALLAH SWT.

Justeru, buku ini ibarat sebuah naskhah yang akan berbicara bersama pembaca di sepanjang penghayatan dan penerokaan cinta daripada-NYA yang sungguh syahdu dan menyentuh kalbu.

DIA...

Kita berbicara tentang DIA,

Kau berdiri di bumi, Tuhanmu tetap DIA,

Kau terbang di awanan, Tuhanmu tetap DIA,

Kau berlari ke utara, kau merenung ke selatan, Tuhanmu tetap sama, DIA,

Kau mentadbir siang dan memenuhi malam, kedua-duanya bersama tuhan itu juga, DIA,

Nendamu pada zaman silam, warismu pada masa hadapan, semuanya hamba Tuhan yang sama, DIA,

Dunia pun DIA lah Tuhan, akhirat nanti DIA tetap Tuhan,

Dikau bertakwa pun DIA tetap Tuhan,

Dikau derhaka pun DIA masih Tuhan,

DIA tidak bergantung kepadamu, namun dikaulah yang sangat memerlukan DIA,

Lantas, siapa DIA di hatimu?


Anda boleh menghubungi Perpustakaan Al-Bukhari Uitm Pahang di talian (Telefon@WhatsApp 09-4602734) untuk perkhidmatan Books To Door Sevices yang disediakan oleh Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang.
@
Sila ikuti maklumat terkini dilaman web rasmi kami di


Comments