15 September 2021
Sesi Penyerahan Buku Wakaf kepada Penjara Pahang (Program Wakaf Buku 4.0)
Pada petang ini, 15 September 2021 telah berlangsungnya sesi serahan buku sumbangan melalui program Wakaf Buku 4.0 kepada Penjara Pahang. Semua buku yang telah disumbangkan telah diserahkan kepada wakil Jabatan Penjara Malaysia iaitu Ketua Inspektor Mohd Zulhairi bin Yusof, Pen. Ketua Bahagian Parol & Komuniti Negeri Pahang yang disampaikan oleh Profesor Ts. Dr. Mohd Ilham bin Adenan, Menjalankan Tugas Rektor, UiTM Cawangan Pahang dan disaksikan oleh Puan Hajah Rosnita binti Haji Ja’afar, Timbalan Ketua Pustakawan, Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang bertempat di Perpustakaan Al-Bukhari.
Program WAKAF BUKU 4.0 sumbangan kepada Penjara Pahang.
Buku-buku yang telah disumbangkan di dalam program WAKAF BUKU 4.0

Penerangan daripada Puan Nurfarawahidah binti Badruesham, Pustakawan Kanan selaku Penasihat 2 Program Wakaf 4.0, Cik Muniratul Husna binti Mohamad Zaki, Pustakawan selaku Pengarah Program kepada wakil Penjara Pahang.
Wakil dari Jabatan Penjara Malaysia iaitu Ketua Inspektor Mohd Zulhairi bin Yusof, Pen. Ketua Bahagian Parol & Komuniti Negeri Pahang.
Sesi penyerahan buku wakaf kepada wakil Jabatan Penjara Malaysia iaitu Ketua Inspektor Mohd Zulhairi bin Yusof, Pen. Ketua Bahagian Parol & Komuniti Negeri Pahang yang disampaikan oleh Profesor Ts. Dr. Mohd Ilham bin Adenan, Menjalankan Tugas Rektor, UiTM Cawangan Pahang dan disaksikan oleh Puan Hajah Rosnita binti Haji Ja’afar, Timbalan Ketua Pustakawan, Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang bertempat di Perpustakaan Al-Bukhari.
Sesi bergambar bersama wakil Penjara Pahang.
Turut membantu bagi kelancaran program ini ialah 3 orang pelajar latihan industri PAB iaitu Cik Nur Aini Shafiqah binti Mazmi, Timb. Pengarah 1, Encik Muhd Aiman Muzammil bin Muda, Timb. Pengarah 2 dan Cik Anis Shafika binti Ismail, Biro Teknikal.
Rakaman video suasana di sesi serahan sumbangan buku wakaf
Melalui sesi ini diharapkan jaringan kerjasama dan ukhwah yang terjalin antara dua pihak dapat dikekalkan untuk berkolaborasi bagi program di masa hadapan.
Jom ramai-ramai warga UiTM Cawangan Pahang dan penduduk sekitar untuk turut serta dalam program Wakaf Buku 4.0 ini. Semoga usaha murni melalui program ini mendatangkan seribu rahmat kepada semua pihak.
WAKAF BUKU 4.0 @ PERPUSTAKAAN AL-BUKHARI
Penyumbang yang ingin menyalurkan bahan bacaan mereka boleh mendaftar di pautan
Setiap sumbangan atau penyertaan disertakan bersama e-sijil.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi :
(WhatsApp) : 010-7775217 /
Email : puitmphg@uitm.edu.my
Comments
Post a Comment