Skip to main content

QURAN HOURS 2022

 QURAN HOURS 2022

PROGRAM WORLD #QURANHOUR Pada 26 April 2022 bersamaan 24 Ramadan 1443H, Program World #QuranHour "Dunia Berbudi & Penyayang" telah dijalankan terbuka kepada seluruh warga UiTM Cawangan Pahang. Program World #QuranHour ini merupakan program yang dianjurkan secara serentak di seluruh Malaysia bermatlamatkan surah al-Sajdah sebagai panduan untuk penyatuan ummah melalui ekonomi dalam mencapai matlamat "Dunia Berbudi & Penyayang". 
Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Islam (UHEI) telah menganjurkan program World #QuranHour ini secara fizikal bertempat di ruang bacaan PAB 1 pada pukul 12:00 tengah hari sehingga 1:00 petang. 
Seramai 78 peserta telah menyertai program ini yang terdiri daripada pelajar dan staf UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka dan Kampus Raub. Program kolaborasi seiring Sustainable Development Goal (SDG) 17: Partnership for the Goals ini dijalankan dengan adanya sesi tadarus surah al-Sajdah dan perkongsian tadabbur tentang surah al-Sajdah oleh Ustaz Muhammad Faridzul Amri Bin Fadzil (Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Kanan, Unit Hal Ehwal Islam, UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka). 
Semoga program ini dapat menambah pengetahuan kerohanian sekali gus membentuk cara dan gaya fikir yang selari dengan al-Quran dan hadis. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. 
Sebagai tanda sokongan, kongsikan gambar menarik anda ketika bertadarus di Facebook atau Instagram dan sertakan tanda pagar: #QuranHour #MisiAlSajdah #MalaysiaBersujud #DuniaBersujud #QuranHourUiTMPahang




















Comments

Popular posts from this blog

Ulasan Buku : Petua Menangani STRES

  17 November 2020 Tajuk Buku : Petua Menangani STRES Penulis : Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah, Haji Muhammad Zakaria, Muntazah Tumian dan Mahfuzah Omar Penerbit : Telaga Biru Sdn. Bhd. Tahun Terbitan : November 2017 Kehidupan anda dalam era globalisasi hari ini mengundang tekanan dari semua arah. Tekanan ini mengenai semua golongan dari pelajar hingga kepada ibu bapa, pekerja, golongan profesional, pemimpin dan rakyat jelata. Stres menjadikan diri kita tertekan, produktiviti diri menurun, jiwa tidak tenteram dan tindakan menjadi tidak rasional. Pada masa yang sama timbul perasaan marah, geram, lemah dan hilang keyakinan diri. Stres berpunca daripada sifat semula jadi yang tidak stabil seperti terlalu inginkan kemenangan, bersikap perfectionist, suka mendesak, risau keterlaluan, tidak mahu menerima teguran, bersangka buruk dan berdendam. Untuk menghindarkan diri daripada fenomena ini, kita perlu menangani stres dengan bijak. Jika stres tidak boleh dihilangkan sepenuhnya, ia per...

Adab Memberi Salam

Keperluan Memberi Salam Allah subhanahu wa Ta’aalaa berfirman: يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا لاَ تَدْخُلُوا بُيُوتًا غَيْرَ بُيُوتِكُمْ حَتىَّ تَسْتَأْنِسُوا وَتُسَلِّمُوا عَلَى أَهْلِهَا ذَالِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah yang bukan rumahmu sebelum meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya.Yang demikian itu lebih baik bagimu, agar kamu (selalu) ingat”.   (QS. an-Nur: 27) Rasulullah Shallallahu ’alaihi wa sallam bersabda: حَقُّ اْلمُسْلِمِ عَلَى اْلمُسْلِمِ سِتٌّ إِذَا لَقِيتَهُ فَسَلِّمْ عَلَيْهِ . . “ Hak seorang muslim atas muslim lainnya ada enam perkara: (1) Apabila engkau menjumpainya engkau berikan salam kepadanya. (2) Apabila ia mengundangmu engkau memperkenankan undangannya. (3) Apabila ia meminta nasihat, engkau menasehatinya. (4) Apabila ia bersin dan memuji Allah, hendaklah engkau mentasymitkannya (berdoa untuknya). (5) Apabila ia sakit hendaklah engkau menjenguknya. (6) Ap...

Electronic Questions Paper System Version 2.0 (EQPSv2)

Electronic Questions Paper System Version 2.0 (EQPSv2) Collection for library users to obtain past year examination question papers of the University from all of UiTM's faculties Want to score in your final exam? Click on https://ptarapps.uitm.edu.my/login Note: The system only provides exam papers, not ANSWERS SCHEME Check out our teaser: https://youtu.be/zFB2e_xdwSE . #libphg #keluargauitm #uitm #uitmdihatiku #libraryforalll