



Kepada Semua Warga Kampus UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka, Pihak Perpustakaan Al-Bukhari menjemput anda menyertai aktiviti menarik Shelfie Challenge sempena Library Open Day @PAB yang berlangsung pada 9 hingga 16 Disember 2024.

•Tarikh Penyertaan: 9 hingga 16 Disember 2024
•Masa Tamat: Penyertaan perlu dihantar sebelum jam 12.30 tengah hari, 16 Disember 2024.
•Lokasi: Perpustakaan Al-Bukhari 1

1.Ambil gambar bersama rak buku atau bahan bacaan kegemaran di Perpustakaan Al-Bukhari. Tunjukkan kreativiti anda!
2.Muat naik gambar ke platform media sosial seperti Instagram, Facebook, atau Twitter dengan kapsyen kreatif dan hashtag rasmi:
#LibraryOpenDay@PAB2024
3.Pastikan akaun media sosial anda dalam mod umum (public).
4.Peserta juga boleh memuat naik gambar penyertaan melalui pautan Google Form yang boleh diakses dengan mengimbas Kod QR di booth Shelfie Challenge.

Gambar-gambar peserta akan dipamerkan untuk undian fizikal pada 16 Disember 2024 di Booth Shelfie Challenge, Perpustakaan Al-Bukhari 1.

Pemenang akan diumumkan berdasarkan undian tertinggi pada 17 Disember 2024. Jangan lepaskan peluang ini untuk berseronok sambil menunjukkan kreativiti anda!

Kunjungi Library Open Day @PAB dan jadi sebahagian daripada kemeriahan aktiviti kami. Jom buktikan minat anda terhadap bahan bacaan kampus dan jadi inspirasi kepada rakan-rakan lain! Jumpa anda di sana!
Comments
Post a Comment