27 November 2025, Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang telah menerima kunjungan daripada barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi baharu dalam satu sesi lawatan mesra dan pengenalan rasmi.
Lawatan ini telah diadakan di Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang.
Ketibaan delegasi MPP telah disambut oleh Pn. Hajah Rosnita, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan (Memangku) (KUP), bersama En. Fadhli Samsudin, Pustakawan Kanan, serta Pn. Muniratul Husna Mohd Zaki, Pustakawan.
Tujuan lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada kepimpinan pelajar mengenai peranan, fungsi serta kemudahan yang disediakan oleh perpustakaan dalam menyokong proses pembelajaran dan pembangunan akademik warga kampus. Para pelajar turut diberi taklimat ringkas berkenaan perkhidmatan perpustakaan, ruang pembelajaran, koleksi rujukan serta inisiatif digital yang disediakan.
Pihak perpustakaan berharap kerjasama erat antara MPP dan perpustakaan dapat diteruskan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan, memupuk budaya ilmu serta memperkukuh sokongan akademik kepada seluruh pelajar UiTM.
Sila ikuti maklumat terkini dilaman web rasmi kami di
LIKE & FOLLOW FACEBOOK Perpustakaan Al-Bukhari:





Comments
Post a Comment