Skip to main content

Program MystiPick

















Program ini dilaksanakan pada 29 hingga 31 Disember 2025 bertempat di Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka dari jam 3.00 petang hingga 5.00 petang. Program ini bertujuan meningkatkan kefahaman mahasiswa terhadap konsep insan melalui proses membuat pilihan dan keputusan moral, di samping menggalakkan pemikiran kritikal dan reflektif dalam menilai nilai-nilai kemanusiaan seperti kejujuran dan tanggungjawab. Selain itu, program ini membantu mahasiswa menyedari peranan diri sebagai insan yang beretika, bukan sekadar pelajar akademik semata-mata, serta menyediakan aktiviti pembinaan insan yang mudah, interaktif dan sesuai dilaksanakan di perpustakaan tanpa penglibatan pihak luar.
Program ini dilaksanakan melalui tiga kaedah utama iaitu kaedah fizikal, pengisian Google Form dan temu bual ringkas. Kaedah fizikal melibatkan penggunaan kad dilema secara manual di Perpustakaan Al-Bukhari, manakala Google Form digunakan bagi pengumpulan respon secara dalam talian. Kaedah temu bual ringkas pula dijalankan untuk mendapatkan maklum balas secara langsung serta menilai tahap kefahaman mahasiswa terhadap konsep insan.
Program ini dianjurkan oleh pelajar Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS ) kursus CTU552 dengan kolaborasi rasmi bersama Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka.


 

Comments

Popular posts from this blog

Ulasan Buku : Petua Menangani STRES

  17 November 2020 Tajuk Buku : Petua Menangani STRES Penulis : Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah, Haji Muhammad Zakaria, Muntazah Tumian dan Mahfuzah Omar Penerbit : Telaga Biru Sdn. Bhd. Tahun Terbitan : November 2017 Kehidupan anda dalam era globalisasi hari ini mengundang tekanan dari semua arah. Tekanan ini mengenai semua golongan dari pelajar hingga kepada ibu bapa, pekerja, golongan profesional, pemimpin dan rakyat jelata. Stres menjadikan diri kita tertekan, produktiviti diri menurun, jiwa tidak tenteram dan tindakan menjadi tidak rasional. Pada masa yang sama timbul perasaan marah, geram, lemah dan hilang keyakinan diri. Stres berpunca daripada sifat semula jadi yang tidak stabil seperti terlalu inginkan kemenangan, bersikap perfectionist, suka mendesak, risau keterlaluan, tidak mahu menerima teguran, bersangka buruk dan berdendam. Untuk menghindarkan diri daripada fenomena ini, kita perlu menangani stres dengan bijak. Jika stres tidak boleh dihilangkan sepenuhnya, ia per...

Adab Memberi Salam

Keperluan Memberi Salam Allah subhanahu wa Ta’aalaa berfirman: يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا لاَ تَدْخُلُوا بُيُوتًا غَيْرَ بُيُوتِكُمْ حَتىَّ تَسْتَأْنِسُوا وَتُسَلِّمُوا عَلَى أَهْلِهَا ذَالِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah yang bukan rumahmu sebelum meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya.Yang demikian itu lebih baik bagimu, agar kamu (selalu) ingat”.   (QS. an-Nur: 27) Rasulullah Shallallahu ’alaihi wa sallam bersabda: حَقُّ اْلمُسْلِمِ عَلَى اْلمُسْلِمِ سِتٌّ إِذَا لَقِيتَهُ فَسَلِّمْ عَلَيْهِ . . “ Hak seorang muslim atas muslim lainnya ada enam perkara: (1) Apabila engkau menjumpainya engkau berikan salam kepadanya. (2) Apabila ia mengundangmu engkau memperkenankan undangannya. (3) Apabila ia meminta nasihat, engkau menasehatinya. (4) Apabila ia bersin dan memuji Allah, hendaklah engkau mentasymitkannya (berdoa untuknya). (5) Apabila ia sakit hendaklah engkau menjenguknya. (6) Ap...

Electronic Questions Paper System Version 2.0 (EQPSv2)

Electronic Questions Paper System Version 2.0 (EQPSv2) Collection for library users to obtain past year examination question papers of the University from all of UiTM's faculties Want to score in your final exam? Click on https://ptarapps.uitm.edu.my/login Note: The system only provides exam papers, not ANSWERS SCHEME Check out our teaser: https://youtu.be/zFB2e_xdwSE . #libphg #keluargauitm #uitm #uitmdihatiku #libraryforalll