Skip to main content

Posts

MUTIARA KATA

  Ingatlah, jangan sampai kita terlalu sibuk mengejar destinasi sehingga terlupa mengapa kita memulakan perjalanan.

MUTIARA KATA

 "Hormatilah ruang orang lain kerana komunikasi yang baik bukan sekadar tentang apa yang kita katakan, tetapi juga bagaimana kita menghormati orang di sekeliling kita."

MUTIARA KATA

Diam bukan bermakna tiada komunikasi. Kadangkala, bahasa tubuh menyampaikan lebih banyak perkara daripada kata-kata.  

TAHNIAH KEPADA PARA PEMENANG!

  TAHNIAH KEPADA PARA PEMENANG! Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada para pemenang Pertandingan Vlog Pahang Book Fair 2026 atas kejayaan dan pencapaian yang membanggakan! Johan: Nik Aina Nadiah binti Nik Aris Naib Johan: Puteri Ayu Maisarah binti Jamal Tempat Ketiga: Nurfatihah Nabila binti Ahmad Ja’afar Ketiga-tiga pemenang merupakan pelajar Fakulti Sains Gunaan, Universiti Teknologi MARA (UiTM). Kejayaan ini merupakan hasil kreativiti, usaha dan komitmen yang ditunjukkan dalam menghasilkan karya vlog yang menarik dan berkualiti. Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus berkarya, mencipta inspirasi dan mengharumkan nama universiti. Syabas dan tahniah! Teruskan melakar kejayaan! #PahangBookFair2026 #PertandinganVlog #TahniahPemenang #UiTM #UiTMCawanganPahang #BudayaMembaca

MUTIARA KATA

  Ibadah bukan untuk dipandang manusia, tetapi sebagai tanda ketaatan kepada Allah SWT. Jangan sampai amalan yang dilakukan dengan susah payah menjadi sia-sia kerana hati terlalu mengharapkan sanjungan dan pujian. Ingatlah, manusia hanya melihat apa yang kita lakukan, tetapi Allah SWT mengetahui apa yang tersimpan di dalam hati. Biarlah amalan kita tidak dipuji manusia, asalkan diterima oleh Allah. Kerana nilai sesuatu ibadah bukan terletak pada pujian yang diterima, tetapi pada keikhlasan hati ketika melakukannya. Ya Allah, bersihkanlah hati kami daripada sifat riak dan jadikanlah setiap amalan kami ikhlas semata-mata kerana-Mu.

MUTIARA KATA

  Hidup ini terlalu berharga untuk dihabiskan tanpa tujuan. Pilihlah sesuatu yang layak diperjuangkan, berpegang teguh pada prinsip yang benar dan jadikan keredaan Allah sebagai matlamat utama kehidupan.

MUTIARA KATA

  Jadilah insan yang berusaha melakukan kebaikan secara menyeluruh, kerana nilai diri yang sebenar terserlah melalui keselarasan antara kata-kata, perbuatan dan akhlak.

MUTIARA KATA

  Pengajarannya: Kebahagiaan bukan semata-mata datang daripada banyaknya wang. Apabila kita menjalani hidup dengan fikiran positif, hati yang tenang, bersyukur dan melakukan sesuatu dengan ikhlas , kita lebih mudah melihat peluang, membina hubungan yang baik dan menghasilkan kerja yang berkualiti.

Best Seller Oktober 01/2026

  Koleksi Best Sellers terbaru terdapat di Perpustakaan Al-Bukhari. Moh kita pinjam dan baca buku best seller yang ada di Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang. Anda boleh menghubungi Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang di talian (Telefon@WhatsApp 09-4602734) untuk sebarang pertanyaan dan perkhidmatan Books To Door Sevices yang disediakan oleh Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang. Sila ikuti maklumat terkini dilaman web rasmi kami di : https://library.uitm.edu.my/pahang #pabmembaca #libraryforall #bestsellers #PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa

MUTIARA KATA

  Pengajaran: Jangan terlalu terikat dengan masa lalu. Ambil pengajaran daripada apa yang berlaku, kemudian lepaskan dan fokus kepada apa yang boleh diperbaiki hari ini. Fikiran yang positif membantu kita melihat peluang, bukan terus terperangkap dalam masalah.

MUTIARA KATA

  Pengajaran Apabila kita memilih untuk bahagia dan bersyukur, tenaga positif itu akan mempengaruhi cara kita melihat kehidupan. Sikap yang ceria juga membuatkan kita lebih mudah menarik orang yang positif, peluang yang baik dan pengalaman yang menggembirakan.

Nostalgia September

  Nostalgia September Menelusuri detik, menghargai sejarah, menyemai semangat Malaysia. Di sebalik ribuan koleksi yang tersusun di rak Perpustakaan Al-Bukhari hari ini, pernah ada sebuah buku yang menjadi sebahagian daripada titik awal perjalanan perpustakaan di UiTM Pahang. Animal Biology oleh Alfred John Grove merupakan buku pertama yang ditempatkan di Perpustakaan UiTM Pahang. Buku ini dibeli oleh Koperasi Universiti Malaya (UM) pada 7 September 1984 dengan harga RM72.69. Pada 14 September 1984, buku tersebut telah diproses oleh Perpustakaan Tun Razak, Shah Alam sebelum dihantar ke Perpustakaan ITM Cawangan Pahang, Kuantan untuk menjadi rujukan para pelajar pada ketika itu. Setahun kemudian, pada 1985, Perpustakaan ITM Pahang mula ditubuhkan di Teluk Sisek, Kuantan sebelum berpindah ke kampus tetap di Bandar Jengka pada tahun 1993. Daripada sebuah buku, berkembanglah sebuah koleksi. Daripada sebuah koleksi, lahirlah sebuah perpustakaan. Dan daripada sebuah perpustakaan, tersimp...

MUTIARA KATA

  Pengajaran: Jangan biarkan fikiran negatif menguasai diri. Latih hati dan minda untuk melihat keindahan, menghargai nikmat, menyebarkan kasih sayang dan mensyukuri setiap perkara yang dimiliki. Ringkas: “Apa yang kita fikir mempengaruhi apa yang kita rasa. Pilihlah fikiran yang membawa ketenangan, syukur dan kegembiraan.”

MENCUNGKIL POTENSI, MEMBENTUK PEMIMPIN MASA HADAPAN!

  MENCUNGKIL POTENSI, MEMBENTUK PEMIMPIN MASA HADAPAN! Sorotan Program Kepimpinan Pemimpin Kecil Sekolah Kebangsaan (Felda) Jengka 21 yang telah dilaksanakan dengan kerjasama Perpustakaan Al-Bukhari (PAB), UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka. Berteraskan Sustainable Development Goals (SDG) 4: Quality Education dan SDG 17: Partnerships for the Goals, program ini menjadi landasan untuk memperkasa potensi kepimpinan murid melalui penerapan nilai disiplin, tanggungjawab, amanah dan kerjasama. Pelbagai aktiviti dan cabaran yang dilaksanakan memberi peluang kepada peserta untuk mengasah keyakinan diri, kemahiran komunikasi, kepimpinan dan semangat kerja berpasukan dalam suasana pembelajaran yang aktif dan bermakna. Pengalaman ini diharapkan dapat menjadi asas dalam membentuk generasi pemimpin muda yang berilmu, berintegriti dan berdaya saing, selaras dengan usaha memperkasa pendidikan dan pembangunan sahsiah murid. Tahniah dan syabas kepada semua peserta! Setinggi-tinggi penghargaan dan t...

MUTIARA KATA

 Kata-kata ini mengingatkan kita bahawa ujian yang sedang kita lalui mungkin terasa begitu besar, tetapi rahmat dan nikmat Allah sentiasa jauh lebih luas.  Jangan terlalu lama memandang besarnya ujian sehingga terlupa menghitung nikmat yang masih Allah pinjamkan—kesihatan, keluarga, rezeki, masa, iman dan peluang untuk terus memperbaiki diri. Allah tidak menjanjikan hidup tanpa ujian, tetapi Allah menjanjikan bahawa bersama kesulitan itu ada kemudahan. Maka, bersabarlah. Apa yang hari ini terasa berat, mungkin sedang membawa kita kepada sesuatu yang lebih baik. Terus percaya. Terus berdoa. Terus melangkah. Kerana jika ujian itu sebesar kapal, nikmat dan rahmat Allah seluas lautan. 

SIRI TELAAH @ PAB – MERDEKA JIWA, MERDEKA MINDA

  SIRI TELAAH @ PAB – MERDEKA JIWA, MERDEKA MINDA Esok kita jumpa! Sempena Hari Malaysia, ayuh bersama kami dalam Siri Telaah Resensi Buku @ PAB yang membawa kita menyelusuri kisah, sejarah dan warisan Melayu menerusi buku Membongkar Misteri Hikayat Melayu. Di sebalik setiap hikayat, tersimpan kisah tentang sejarah, pemikiran, budaya dan jati diri** yang wajar kita kenali dan hargai. Kenali sejarah. Luaskan minda. Hargai identiti. Jangan lupa nantikan Siri Telaah @ PAB esok! Sama-sama kita hayati khazanah ilmu dan warisan Melayu secara maya. Jumpa secara maya esok! #SiriTelaahPAB #MerdekaJiwaMerdekaMinda #HariMalaysia #MembongkarMisteriHikayatMelayu #PerpustakaanAlBukhari #UiTM

MUTIARA KATA

 Setiap guru mempunyai pengalaman dan sudut pandang yang berbeza. Dengan belajar daripada pelbagai guru dan sumber, kita dapat melihat sesuatu ilmu dengan lebih luas serta mengenal pasti kekurangan yang mungkin tidak kita sedari. Jadilah penuntut ilmu yang rendah hati — bersedia mendengar, berani menilai dan sentiasa mencari kebenaran. #RenunganHarian #MutiaraIlmu #MenuntutIlmu #PerpustakaanAlBukhari#PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa 

MUTIARA KATA

  Pengajaran: Membiasakan hati mengingati Allah dalam setiap urusan harian, termasuk ketika makan dan minum, dapat mendidik jiwa agar sentiasa bersyukur dan merasa cukup. Sikap qanaah mengajar kita menerima rezeki Allah dengan hati yang lapang, manakala zuhud mengajar kita agar tidak terlalu terikat dengan kemewahan dunia. Kesederhanaan dan rasa syukur menjadikan hati lebih tenang serta dekat dengan Allah

MUTIARA KATA@PAB HARI INI

MUTIARA KATA@PAB HARI INI

  MUTIARA KATA@PAB HARI INI