Skip to main content

Posts

Bengkel Permurnian Microsoft 365

23 Oktober 2020  Bengkel Permurnian Microsoft 365 bersama semua warga Perpustakaan Al-Bukhari (PAB)dan Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Raub. Tentatif bengkel ini adalah untuk pemakluman berkaitan data EIS yang telah ditambah baik. Bengkel ini disampaikan oleh Puan Norfitriah Bt Mat Seman, Pustakawan Kanan @Perpustakaan Al-Bukhari dan disertai oleh 28 orang staf Perpustakaan Al-Bukhari (PAB) dan Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Raub.  

Bacaan Yasin Mingguan PAB

 23 Oktober 2020 Sesi bacaan yasin secara mingguan telah diadakan oleh Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang di ruang bacaan perpustakaan. Encik Zainudin bin Ghani telah mengetuai sesi bacaan yasin ini. Selain bacaan yasin, sesi perkenalan dengan pelajar praktikal iaitu   Cik Afifah yang menjalankan latihan industri di Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang.

Penyerahan Buku "63 Tumbuhan Ubatan"

  21 Oktober 2020 Penyerahan Buku "63 Tumbuhan Ubatan" kepada Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang oleh sebahagian penulis buku tersebut iaitu Dr. Neni Kartini Che Mohd Ramli, Prof. Madya Dr. Wan Mohd Nazri Wan Abd. Rahman dan Dr Aiza Harun. 63 tumbuhan disenaraikan sempena 63 tahun kemerdekaan negara Malaysia. Buku ini memaparkan tentang kepelbagaian spesies dan nilai kegunaan perubatan yang terdapat di Taman Nadir dan Herba Paya Bungor, Kuantan, Pahang. Terima kasih diucapkan atas sumbangan yang diberikan bagi memastikan maklumat harta intelek dapat terus dibaca oleh warganya.

Proses Pemusnahan Fail/Rekod Awam di Unit Pentadbiran Am, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP)

  19 Oktober 2020 Unit Arkib Universiti, Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang telah memantau proses pemusnahan fail/rekod awam dengan kaedah merincih di pejabat Unit Harta Benda (Pejabat Bendahari) oleh Pusat Tanggungjawab (PTJ) Unit Pentadbiran Am, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP), UiTM Cawangan Pahang. Proses ini telah dilaksanakan oleh staf Unit Pentadbiran Am, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) iaitu Puan Suhartini binti Zakaria, Pembantu Tadbir. Staf unit arkib yang terlibat ialah Puan Suhaina binti Ibrahim, Pembantu Pustakwan dan Encik Razali bin Mat Sabu, Pembantu Pustakawan Kanan. Jumlah fail yang dirincih sebanyak 99 kotak iatu 540 fail yang telah tamat tempoh simpanan.

e-KKM@PAB with Fakulti Sains Gunaan (Kelas AS1203K, AS1203L & AS1203M)

19 Oktober 2020 Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang telah menjalankan e-KKM atau Kelas Kemahiran Maklumat secara atas talian dengan menggunakan aplikasi Google Meet. Sesi ini melibatkan pelajar dari 3 kelas iaitu kelas AS1203K, AS1203L & AS1203M yang merupakan pelajar semester 3 Diploma Sains Gunaan UiTM Cawangan Pahang. Seramai 80 orang pelajar yang telah menyertai e-KKM secara atas talian ini yang dikendalikan oleh team Perpustakaan Al-Bukhari Uitm Pahang.