21 Oktober 2020
Penyerahan
Buku "63 Tumbuhan Ubatan" kepada Perpustakaan Al-Bukhari UiTM
Cawangan Pahang oleh sebahagian penulis buku tersebut iaitu Dr. Neni Kartini
Che Mohd Ramli, Prof. Madya Dr. Wan Mohd Nazri Wan Abd. Rahman dan Dr Aiza
Harun.
63 tumbuhan disenaraikan sempena 63 tahun kemerdekaan negara Malaysia.
Buku ini memaparkan tentang kepelbagaian spesies dan nilai kegunaan perubatan yang
terdapat di Taman Nadir dan Herba Paya Bungor, Kuantan, Pahang.
Terima kasih diucapkan atas sumbangan yang diberikan bagi memastikan
maklumat harta intelek dapat terus dibaca oleh warganya.
Comments
Post a Comment