KURSUS KEPIMPINAN “LEADERS THROUGH LITERACY @PAB” Perpustakaan Al-Bukhari, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pahang Kampus Jengka dengan kerjasama Sekolah Kebangsaan Bandar Pusat telah melaksanakan kursus kepimpinan bertajuk " Leaders Through Literacy @PAB . Kursus ini dianjurkan khas untuk pengawas pusat sumber sekolah dengan matlamat utama untuk memperkasa kemahiran kepimpinan dan meningkatkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pelajar yang terlibat. Butiran Program: Tarikh: 16 Oktober 2024 (Rabu) Lokasi: Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka Masa: 7:30 pagi hingga 01:00 petang Program "Leaders Through Literacy @PAB" direka khas bagi membantu para pengawas pusat sumber di Sekolah Kebangsaan Bandar Pusat untuk mempelajari asas kepimpinan yang relevan dalam pengurusan sumber perpustakaan. Program ini memberi penekanan kepada peningkatan literasi, komunikasi efektif, dan pengurusan masa, selaras dengan usaha memperkasa buday...