Skip to main content

 

KURSUS KEPIMPINAN “LEADERS THROUGH LITERACY @PAB”

Perpustakaan Al-Bukhari, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pahang Kampus Jengka dengan kerjasama Sekolah Kebangsaan Bandar Pusat telah melaksanakan kursus kepimpinan bertajuk "Leaders Through Literacy @PAB. Kursus ini dianjurkan khas untuk pengawas pusat sumber sekolah dengan matlamat utama untuk memperkasa kemahiran kepimpinan dan meningkatkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pelajar yang terlibat.

Butiran Program:

Tarikh: 16 Oktober 2024 (Rabu)

Lokasi: Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka

Masa: 7:30 pagi hingga 01:00 petang

 

Program "Leaders Through Literacy @PAB" direka khas bagi membantu para pengawas pusat sumber di Sekolah Kebangsaan Bandar Pusat untuk mempelajari asas kepimpinan yang relevan dalam pengurusan sumber perpustakaan. Program ini memberi penekanan kepada peningkatan literasi, komunikasi efektif, dan pengurusan masa, selaras dengan usaha memperkasa budaya pembelajaran yang holistik.

Peserta juga diberi peluang untuk terlibat dalam pelbagai aktiviti interaktif dan modul yang diselaraskan oleh Perpustakaan Al-Bukhari. Selain meningkatkan kemahiran kepimpinan, kursus ini juga bertujuan membentuk keperibadian yang berkualiti serta menanamkan semangat berpasukan dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pengawas pusat sumber.

Program ini seiring dengan Sustainable Development Goals (SDG) 4: Quality Education, yang mana turut menekankan peranan perpustakaan dalam memastikan akses kepada maklumat akademik yang relevan dan berkesan dan (SDG) 17: Partnership for The Goals”, yang melibatkan seramai 62 orang murid terdiri daripada pengawas pusat sumber sekolah dari Sekolah Kebangsaan Bandar Pusat.

Terima kasih kepada semua yang telah menyertai program ini. Semoga kursus kepimpinan anjuran bersama Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang dan Sekolah Kebangsaan Bandar Pusat ini dapat memberikan manfaat kepada pelajar-pelajar untuk meningkatkan lagi nilai kepimpinan dalam diri mereka!

 

Sekian, terima kasih.

#libphg

#pabmembaca

#libraryforall

#uitmdihatiku
















































 

Comments

Popular posts from this blog

UaU ke UHei Penilaian Pelupusan Rekod Unit Arkib Universiti membuat penilaian pelupusan Rekod di  Unit Hal Ehwal Islam,UiTM Cawangan Pahang  pagi ini.

Archive Collection : Tahun 2005, Edisi 54 / Disember 2021

   20 Disember 2021 Tahun 2005, Edisi 54 / Disember 2021 Archive Collection diterbitkan bagi mempromosikan koleksi bahan arkib kepada warga universiti oleh Unit Arkib Cawangan, Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang. Diskripsi : Senarai nombor telefon setiap bahagian di UiTM Cawangan Pahang Online Finding Archive (OFA) KLIK SINI   sila ikuti maklumat terkini dilaman web rasmi kami di : https://pahang.library.uitm.edu.my/ LIKE & FOLLOW FACEBOOK Perpustakaan Al-Bukhari : https://www.facebook.com/library.uitm.pahang Sekian, terima kasih.

Ulasan Buku : Petua Menangani STRES

  17 November 2020 Tajuk Buku : Petua Menangani STRES Penulis : Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah, Haji Muhammad Zakaria, Muntazah Tumian dan Mahfuzah Omar Penerbit : Telaga Biru Sdn. Bhd. Tahun Terbitan : November 2017 Kehidupan anda dalam era globalisasi hari ini mengundang tekanan dari semua arah. Tekanan ini mengenai semua golongan dari pelajar hingga kepada ibu bapa, pekerja, golongan profesional, pemimpin dan rakyat jelata. Stres menjadikan diri kita tertekan, produktiviti diri menurun, jiwa tidak tenteram dan tindakan menjadi tidak rasional. Pada masa yang sama timbul perasaan marah, geram, lemah dan hilang keyakinan diri. Stres berpunca daripada sifat semula jadi yang tidak stabil seperti terlalu inginkan kemenangan, bersikap perfectionist, suka mendesak, risau keterlaluan, tidak mahu menerima teguran, bersangka buruk dan berdendam. Untuk menghindarkan diri daripada fenomena ini, kita perlu menangani stres dengan bijak. Jika stres tidak boleh dihilangkan sepenuhnya, ia per