JELAJAH BIODIVERSITI PAHANG 2026 DI DAERAH CAMERON HIGHLANDS Jelajah Biodiversiti Pahang 2026 meneruskan perjalanannya ke Cameron Highlands pada 22 April 2026 dengan pelaksanaan aktiviti dalam suasana tanah tinggi yang unik dan menyegarkan. Program hari ini melibatkan seramai 64 orang peserta yang terdiri daripada pelajar SMK Sultan Ahmad Shah, SMK Ringlet, SMK Kampung Raja, guru-guru serta staf perpustakaan. Kehadiran Dr. Riwan Ramli, Ketua Sekretariat (Interim) Majlis Biodiversiti Pahang, turut menambah semangat kepada peserta sepanjang program berlangsung. Pengisian dimulakan di Perpustakaan Awam Daerah sebelum diteruskan ke Cameron Highlands Montane Park (CHiMP) bagi aktiviti pemerhatian biodiversiti di lapangan dan juga di Taman Eko Rimba Parit Falls. Berlatarkan ekosistem tanah tinggi yang kaya dengan flora dan fauna, peserta berpeluang mengenal pasti spesies yang berbeza daripada kawasan lain yang telah dilawati sebelum ini. Keadaan cuaca yang nyaman serta persekitaran semula ja...