Jelajah Biodiversiti Pahang 2026 meneruskan siri programnya di daerah Raub pada 21 April 2026 dengan penglibatan aktif daripada para peserta sepanjang aktiviti yang dijalankan.
Seramai 49 orang peserta telah mengambil bahagian, melibatkan pelajar SMK Dong, guru-guru serta staf perpustakaan yang bersama-sama menjayakan program hari ini.
Pengisian program berlangsung di SMK Dong dengan pelaksanaan aktiviti pemerhatian biodiversiti di sekitar kawasan sekolah. Persekitaran ini memberikan peluang kepada peserta untuk mengenal pasti pelbagai spesies yang berada dekat dengan kehidupan seharian mereka.
Sepanjang aktiviti berlangsung, para peserta menunjukkan minat dan keterlibatan yang baik dalam menjalankan pemerhatian serta merekod penemuan masing-masing. Aktiviti ini turut disokong dengan panduan yang membantu peserta memahami kaedah merekod dan memuat naik data dengan lebih teratur.
Program hari ini berlangsung dengan baik dengan penglibatan aktif daripada semua peserta yang terlibat.
Perjalanan Jelajah Biodiversiti Pahang 2026 akan diteruskan ke lokasi seterusnya iaitu di daerah Cameron Highlands. Teruskan bersama kami untuk mengikuti perkongsian seterusnya.













Comments
Post a Comment