Pada 19 Mac 2018, Perpustakaan Al-Bukhari telah menjalankan
aktiviti gotong-royong 5S bagi proses pemuliharaan gazebo serta buaian. Proses
ini dijalankan kerana keadaan fizikal gazebo dan buaian yang agak uzur dan
tidak selamat untuk digunakan. Proses ini melibatkan 4 gazebo dan 2 buaian yang
dijadikan penghias lanskap sekitar perpustakaan. Semua staf perpustakaan
bekerjasama menjalankan proses pemuliharaan sehingga selesai. Aktiviti seperti
ini dapat memupuk sifat kerjasama dan hormat menghormati antara staf. Bak kata
pepatah, ‘berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’.
Comments
Post a Comment