Alhamdulillah, Perpustakaan Al Bukhari telah berjaya menjalankan Team Building : 1 Team 1 Sound 1 Voice pada 15 Feb 2018 di Kem Sri Gading, UiTM Caw.Pahang. Program bertujuan untuk memantapkan lagi staf Perpustakaan Al-Bukhari agar mampu meningkatkan kualiti jati diri dan tanggungjawab berpasukan dalam melaksanakan perkhidmatan yang disediakan di Perpustakaan Al-Bukhari dan amnya UiTM Cawangan Pahang.
Program turut sama disertai oleh staf dari Unit Hal Ehwal Islam yang turutsentiasa bersama kami dalam melaksanakan aktiviti ceramah dan tazkirah iaitu Ustaz Abu Aufa, Ustaz Faridzul Amri, Ustazah Siti Yuhanis Suhani, Ustazah Arina Saffiee dan puan Sharifah Ismail yang memeriahkan lagi program ini.
Antara objektif program adalah memupuk hubungan yang lebih kukuh dan kesepaduan dalam kalangan staf melalui aktiviti team building, memberi peluang meningkatkan kemahiran kepada staf dalam menilai kekuatan dan kelemahan pasukan seterusnya membantu organisasi kearah kecemerlangan, memastikan pemantapan diri staf dicapai dan dikekalkan sebagai satu pasukan dan organisasi dan meningkatkan penglibatan, komitmen dan motivasi staf dalam mewujudkan suasana harmoni dalam organisasi.
Terima kasih kepada staf Bengkel Industri Perkayuan, Teknologi Perkayuan atas semua kerjasama yang telah diberikan sepanjang program berlangsung.
Comments
Post a Comment