Bengkel “Design Poster Using PPT” anjuran Pejabat Bendahari di Bilik IT Perpustakaan Al-Bukhari Uitm Pahang
30/4/2019, Selasa
Bengkel “Design Poster Using PPT” anjuran Pejabat Bendahari di Bilik IT Perpustakaan Al-Bukhari Uitm Pahang yang disampaikan oleh Pn.Norfitriah Bt Mat Seman pada 30 April dengan seramai peserta 25 orang termasuk bahagian lain.

Semasa bengkel, Pn. Fitriah telah berkongsi berbagai cara untuk mengedit dan design poster dengan baik menggunakan powerpoint. Pn.Fitriah telah berkongsi sebanyak 3 cara design yang boleh peserta lakukan dan beliau juga mengajar cara mengedit seperti cara mengedit membuang latar belakang gambar dan cara mengambil selain warna yang disediakan di dalam powerpoint. Bengkel ini sangat-sangat memberi impak besar kepada peserta kerana ia nya dapat melahirkan kreativiti dan skill dikalangan peserta.
Pada mula bengkel bermula Pn.Fitriah mengajar cara membuat bentuk dan meletakkan warna dalam bentuk tersebut. Selepas itu, Pn.Fitriah mengajar peserta cara untuk mengedit gambar. Cara untuk membuang latar belakang gambar yang simple atau latar belakang yang mempunyai objek dibelakang. Seterusnya, Pn.Fitriah tunjukkan cara design poster dengan mengunakan bentuk-bentuk yang ada dalam powerpoint.

25 peserta yang menyertai Bengkel "Design Poster Using PPT”


Semasa Pn.Ftriah sedang mengajar cara design poster menggunakan bentuk-bentuk dalam powerpoint.
Comments
Post a Comment