27 Oktober 2020
Unit Arkib Universiti,
Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang telah memantau proses pemusnahan
rekod awam dengan kaedah merincih di pejabat Unit Harta Benda (Pejabat
Bendahari) oleh Pusat Tanggungjawab (PTJ) iaitu Unit Hal Ehwal Islam (UHEI),
Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP), UiTM Cawangan Pahang.
Proses ini telah dilaksanakan oleh staf Unit Hal Ehwal Islam
(UHEI) iaitu Puan Sharifah Radziah binti Ismail, Pembantu Tadbir dan Encik Mohd
Hambali bin Darussalam, Pembantu Hal Ehwal Islam manakala staf unit arkib yang
terlibat ialah Puan Suhaina binti Ibrahim, Pembantu Pustakwan dan Encik Razali
bin Mat Sabu, Pembantu Pustakawan Kanan. Jumlah fail yang dirincih sebanyak 43
fail yang telah tamat tempoh simpanan.
Comments
Post a Comment