Tarikh: 18 April 2024 (Khamis)
Penyerahan Bahan Rekod Penting UiTM Cawangan Pahang yang berkaitan Dokumen Kontrak dari Bahagian Pengurusan Fasiliti ke Unit Arkib Perpustakaan Al Bukhari UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka.
Penyerahan disampaikan oleh Puan Normazwani binti Mansor, Penolong Juruukur Bahan Kanan kepada Puan Suhaina binti Ibrahim, Pembantu Pustakawan Kanan. Sebanyak 44 tajuk dokumen kontrak yang akan disimpan kekal di UAC.
Unit Arkib, Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang bertanggungjawab bagi perolehan rekod penting universiti yang bernilai selaras dengan Dasar Penilaian dan Perolehan Rekod Awam Arkib Negara Malaysia iaitu:
"Memperolehi rekod awam yang dalam jagaan atau dibawah kawalan sesuatu pejabat awam, kepada jagaan dan kawalan Arkib Negara melalui proses pemindahan - Seksyen 28, Akta Arkib Negara 2003 [Akta 629]."
#libphg
#pabmembaca
#arkibcawangan
Comments
Post a Comment