TAKLIMAT SEMPENA MINGGU DESTINI SISWA (MDS) "GET TO
KNOW PAB" BERSAMA PERPUSTAKAAN AL-BUKHARI UITM CAWANGAN PAHANG, KAMPUS
JENGKA
Satu taklimat bertajuk "Get to Know PAB” diadakan
sempena Minggu Destini Siswa (MDS) bersama Perpustakaan Al-Bukhari UiTM
Cawangan Pahang, Kampus Jengka bagi sesi akademik 1 2024/2025. Taklimat ini dikendalikan
oleh Puan Muniratul Husna binti Mohamad Zaki, pustakawan Perpustakaan
Al-Bukhari, bersama beberapa orang staf perpustakaan.
Tujuan utama taklimat ini adalah untuk memperkenalkan
perkhidmatan serta kemudahan yang disediakan oleh perpustakaan kepada semua
pelajar baharu. Para pelajar didedahkan kepada pelbagai sumber rujukan
akademik, sama ada dalam bentuk fizikal mahupun digital, yang boleh
dimanfaatkan sepanjang tempoh pengajian di UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka.
Butiran taklimat adalah seperti berikut:
Tarikh: 2 Oktober 2024 (Rabu)
Masa: 11:00 pagi hingga 12 tengah hari
Tempat: Dewan Indera Segara, UiTM Cawangan Pahang,
Kampus Jengka
Program ini juga sejajar dengan Matlamat Pembangunan Lestari
(SDG) 4: Quality Education, di mana perpustakaan memainkan peranan
penting dalam menyediakan akses kepada maklumat akademik yang berkesan dan
relevan.
Jangan lepaskan peluang ini untuk mengenali Perpustakaan
Al-Bukhari dengan lebih dekat dan memanfaatkan perkhidmatannya untuk memperkasa
pengalaman pembelajaran anda di UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka!
Sekian, semoga program ini memberikan manfaat besar kepada
semua pelajar baharu.
#libphg
#pabmembaca
#libraryforall
#uitmdihatiku
Comments
Post a Comment