KEM PERKASA PEMIMPIN MUDA 2025
Sekolah Kebangsaan Jengka 20 30 Oktober 2025 (Khamis) 8.00 pagi – 12.00 tengah hari “Melahirkan Pemimpin Kecil, Membina Generasi Besar” Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang telah menjayakan Program Kem Perkasa Pemimpin Muda 2025 bertempat di Sekolah Kebangsaan Jengka 20 dengan penglibatan seramai 54 orang pelajar yang terdiri daripada pengawas sekolah, pengawas pusat sumber dan pengawas prasekolah. Program separuh hari ini bertujuan memupuk nilai kepimpinan, semangat kerjasama dan keyakinan diri dalam kalangan pelajar melalui pelbagai aktiviti interaktif seperti ice-breaking, latihan komunikasi berpasukan dan aktiviti nilai Madani. Kem ini diharapkan dapat menjadi platform untuk mencungkil potensi kepimpinan dalam diri pelajar dan membentuk pemimpin muda yang berilmu, berakhlak serta mampu memimpin dengan penuh integriti dan kasih sayang. Selaras dengan Matlamat Pembangunan Lestari, SDG 4: Quality Education dan SDG 17: Partnerships for the Goals, program ini memperkukuh hubungan antara universiti, sekolah, dan komuniti dalam membentuk generasi berilmu dan berakhlak.
Sila ikuti maklumat terkini dilaman web rasmi kami di https://library.uitm.edu.my/pahang #libphg#pabmembaca#libraryforall#PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa
LIKE & FOLLOW FACEBOOK Perpustakaan Al-Bukhari: https://www.facebook.com/library.uitm.pahang
Sila ikuti maklumat terkini dilaman web rasmi kami di https://library.uitm.edu.my/pahang #libphg#pabmembaca#libraryforall#PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa
LIKE & FOLLOW FACEBOOK Perpustakaan Al-Bukhari: https://www.facebook.com/library.uitm.pahang










Comments
Post a Comment