Skip to main content

Tahniah kepada Pemenang Khazanah Alam KACC 2.0 – Campus Challenge 2.0

 Tahniah kepada Pemenang Khazanah Alam KACC 2.0 – Campus Challenge 2.0

Program Khazanah Alam KACC 2.0 – Campus Challenge 2.0 yang dianjurkan oleh Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang telah berjaya menarik penyertaan warga kampus dalam usaha meningkatkan kesedaran terhadap kepelbagaian biodiversiti dan pemeliharaan alam sekitar.
Pertandingan ini memberi peluang kepada peserta untuk menjalankan pemerhatian terhadap flora dan fauna di sekitar kampus serta memuat naik hasil pemerhatian mereka bagi tujuan dokumentasi dan pendidikan alam sekitar.
Ucapan tahniah diucapkan kepada:
🏆 Mohd Ismail bin Zainudin (ONEPIS)
Pemenang bagi dua kategori utama:
• Most Observations – 124 pemerhatian
• Most Species – 73 spesies
Kejayaan ini melambangkan komitmen beliau dalam menyumbang kepada pemeliharaan biodiversiti dan meningkatkan kefahaman terhadap kepentingan keseimbangan ekosistem.
Perpustakaan Al-Bukhari turut merakamkan penghargaan kepada semua peserta atas sokongan dan sumbangan mereka. Setiap pemerhatian yang dikongsikan membantu memperkasa ilmu pengetahuan dan kesedaran terhadap keindahan serta keunikan alam semula jadi.
🌿 Every snapshot, every submission makes a difference!

Comments

Popular posts from this blog

Ulasan Buku : Petua Menangani STRES

  17 November 2020 Tajuk Buku : Petua Menangani STRES Penulis : Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah, Haji Muhammad Zakaria, Muntazah Tumian dan Mahfuzah Omar Penerbit : Telaga Biru Sdn. Bhd. Tahun Terbitan : November 2017 Kehidupan anda dalam era globalisasi hari ini mengundang tekanan dari semua arah. Tekanan ini mengenai semua golongan dari pelajar hingga kepada ibu bapa, pekerja, golongan profesional, pemimpin dan rakyat jelata. Stres menjadikan diri kita tertekan, produktiviti diri menurun, jiwa tidak tenteram dan tindakan menjadi tidak rasional. Pada masa yang sama timbul perasaan marah, geram, lemah dan hilang keyakinan diri. Stres berpunca daripada sifat semula jadi yang tidak stabil seperti terlalu inginkan kemenangan, bersikap perfectionist, suka mendesak, risau keterlaluan, tidak mahu menerima teguran, bersangka buruk dan berdendam. Untuk menghindarkan diri daripada fenomena ini, kita perlu menangani stres dengan bijak. Jika stres tidak boleh dihilangkan sepenuhnya, ia per...

Adab Memberi Salam

Keperluan Memberi Salam Allah subhanahu wa Ta’aalaa berfirman: يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا لاَ تَدْخُلُوا بُيُوتًا غَيْرَ بُيُوتِكُمْ حَتىَّ تَسْتَأْنِسُوا وَتُسَلِّمُوا عَلَى أَهْلِهَا ذَالِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah yang bukan rumahmu sebelum meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya.Yang demikian itu lebih baik bagimu, agar kamu (selalu) ingat”.   (QS. an-Nur: 27) Rasulullah Shallallahu ’alaihi wa sallam bersabda: حَقُّ اْلمُسْلِمِ عَلَى اْلمُسْلِمِ سِتٌّ إِذَا لَقِيتَهُ فَسَلِّمْ عَلَيْهِ . . “ Hak seorang muslim atas muslim lainnya ada enam perkara: (1) Apabila engkau menjumpainya engkau berikan salam kepadanya. (2) Apabila ia mengundangmu engkau memperkenankan undangannya. (3) Apabila ia meminta nasihat, engkau menasehatinya. (4) Apabila ia bersin dan memuji Allah, hendaklah engkau mentasymitkannya (berdoa untuknya). (5) Apabila ia sakit hendaklah engkau menjenguknya. (6) Ap...

Subhanallah! Inilah Rahsia Penciptaan Kucing

Mata kucing merupakan salah satu bukti kesempurnaan Allah dalam penciptaan. Allah telah menciptakan mata kucing dengan tatacara dan letak yang sesuai dengan makhluknya. Di salah satu ayat, Allah berfirman tentang kesempurnaan ciptaannya.Dia-lah Allah yang menciptakan, yang mengadakan, yang membentuk rupa, Dia memiliki nama – nama yang indah, apa yang ada di langit dan di bumi bertasbih kepada – Nya. Dan Dialah yang Maha Kuasa, lagi Maha bijaksana. (QS. Al – Hasyr 24) Penglihatan malam kucing sangat kuat Kucing boleh dengan mudah membezakan warna hijau, biru dan merah. Walaupun begitu, kelebihan sebenarnya dari mata kucing adalah agar dapat melihat di malam hari. Kelopak mata kucing terbuka di malam hari, ketika terkena sedikit cahaya, lapisan mata yang disebut iris membuat pupil mata membesar (hamper 90% mata) sehingga mereka lebih mudah melihat cahaya. Di saat mendapat cahaya yang lebih terang, system bekerja berlawanan untuk melindungi retina, pupil mengecil dan berubah menjad...