PROGRAM KEPIMPINAN PELAJAR UNGGUL
Tarikh:
10 Disember 2025 (Rabu)
Tempat:
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tengku Ampuan Hajjah Afzan (SMKA TAHAP)
Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang telah dijemput
untuk menjayakan Program Kepimpinan Pelajar Unggul bertempat di Pusat Tarbiah
SMKA TAHAP. Program ini disertai oleh pelajar tingkatan 4, dengan objektif
meningkatkan keyakinan diri melalui keterampilan serta imej yang positif dalam
kalangan pelajar.
Sesi ceramah telah disampaikan oleh Puan Nurfarawahidah
Badruesham, Pustakawan Kanan Perpustakaan Al-Bukhari juga merangkap sebagai
Perunding Imej Profesional Bertauliah, yang memberikan penerangan berkaitan
etika pemakaian, komunikasi interpersonal, grooming serta kepentingan
pembentukan imej yang baik dalam suasana akademik dan kerjaya masa hadapan.
Pelajar mendapat manfaat daripada panduan praktikal yang disampaikan secara
interaktif dan berinformasi.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak SMKA TAHAP
atas kerjasama dan sambutan yang amat baik dalam menjayakan program ini. Ucapan
terima kasih khusus ditujukan kepada Pengetua SMKA TAHAP, Puan Intan Nazirah
binti Abdul Aziz, atas jemputan rasmi serta sokongan penuh terhadap pelaksanaan
program pembangunan pelajar ini.
Diharapkan penganjuran program sebegini dapat diteruskan pada
masa akan datang sebagai inisiatif memperkokuh potensi, personaliti dan
profesionalisme pelajar, seiring dengan matlamat melahirkan generasi cemerlang
yang memartabatkan pendidikan negara.
Sila ikuti maklumat terkini dilaman web rasmi kami di
https://library.uitm.edu.my/pahang
#PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa
LIKE & FOLLOW FACEBOOK Perpustakaan Al-Bukhari:
https://www.facebook.com/library.uitm.pahang






























Comments
Post a Comment