Tahniah kepada Pemenang Asia Nature Challenge Unveiling the Rich Species of Pahang yang dianjurkan oleh Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang telah berjaya menarik penyertaan warga komuniti dalam usaha meningkatkan kesedaran terhadap kepelbagaian biodiversiti dan pemeliharaan alam sekitar.
Pertandingan ini memberi peluang kepada peserta untuk menjalankan pemerhatian terhadap flora dan fauna di sekitar kampus serta memuat naik hasil pemerhatian mereka bagi tujuan dokumentasi dan pendidikan alam sekitar.Ucapan tahniah diucapkan kepada:
NG ZHENG SHENG
SMJK Chung Ching, Raub
Pemenang bagi dua kategori utama:
• Most Observations – 71 pemerhatian
• Most Species – 59 spesies
Kejayaan ini melambangkan komitmen beliau dalam menyumbang kepada pemeliharaan biodiversiti dan meningkatkan kefahaman terhadap kepentingan keseimbangan ekosistem.
Perpustakaan Al-Bukhari turut merakamkan penghargaan kepada semua peserta atas sokongan dan sumbangan mereka.
Setiap pemerhatian yang dikongsikan membantu memperkasa ilmu pengetahuan dan kesedaran terhadap keindahan serta keunikan alam semula jadi.
Every snapshot, every submission makes a difference!
#libphg
#pabmembaca
#libraryforall
#PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa
#Asia Nature Challenge

Comments
Post a Comment