MAKLUMAN PENTING: PENDAFTARAN & VALIDASI PENERBITAN DALAM SISTEM PRIMe UiTM
Assalamu’alaikum WRT. WBT. dan Salam Sejahtera,
YBhg. Dato’ / Datin / Prof. / Dr. / Tuan / Puan,
Mohon perhatian buat seluruh warga akademik UiTM. Merujuk kepada **Pekeliling Naib Canselor Bil. 3 Tahun 2021: Pelaksanaan Proses Pendaftaran dan Validasi Penerbitan dalam Sistem Penerbitan UiTM (PRIMe)**, berikut adalah perkara penting yang perlu diambil tindakan:
Proses validasi penerbitan di dalam sistem PRIMe adalah dalam tempoh **14 HARI BEKERJA** selepas bahan tersebut didaftarkan buat kali pertama.
Bagi mengelakkan sebarang kesulitan di kemudian hari, YBhg. Dato’ / Datin / Prof. / Dr. / Tuan / Puan yang mempunyai bahan penerbitan yang telah diterbitkan antara **Januari hingga Julai 2026** amatlah digalakkan untuk **MENDAFTARKANNYA DENGAN KADAR SEGERA**
---
Sekiranya terdapat sebarang masalah atau isu teknikal berkaitan sistem, sila kemukakan aduan anda secara rasmi melalui pautan berikut:
---
Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi Koordinator PRIMe kami:
1. Pn. Muniratul Husna Mohamad Zaki
(Pustakawan, Perpustakaan Al-Bukhari Kampus Jengka)
2. En. Anwar Hassim
(Pustakawan Kanan, Perpustakaan Tun Abdul Razak Kampus Raub)
Kerjasama dan tindakan awal daripada pihak YBhg. Dato’ / Datin / Prof. / Dr. / Tuan / Puan amatlah dihargai bagi memastikan kelancaran rekod penerbitan universiti.
Terima kasih.

Comments
Post a Comment