
Hanya 5 Hari Lagi!

Setiap gambar lama mempunyai cerita.

Setiap dokumen menyimpan bukti.

Setiap arkib merakam memori sebuah generasi.
Perpustakaan Al-Bukhari, ICAN & ACIS, UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menjemput seluruh warga UiTM dan komuniti setempat untuk menyertai sambutan *Hari Arkib Antarabangsa 2026* bertemakan:

*Khazanah Warisan: Merakam Sejarah, Menyulam Peradaban*

Tema ini mengangkat peranan arkib sebagai khazanah warisan yang merakam perjalanan sejarah, memelihara memori bangsa dan menyambung kesinambungan peradaban untuk generasi akan datang.
Jangan lepaskan peluang untuk mengikuti pelbagai aktiviti menarik yang mengetengahkan warisan ilmu, bahasa, sastera, budaya dan pengurusan rekod:

Wacana Bicara Melayu bersama Sasterawan Negara, Dato' Dr. Mohd. Anwar Ridhwan serta Majlis Perasmian

Demonstrasi Pemuliharaan Buku dan Bahan Arkib

Sesi Libat Urus Pengurusan Rekod bersama PRJ & PTRJ UiTM Cawangan Pahang

Bengkel Asas Tulisan Jawi bersama Dewan Bahasa dan Pustaka

Pertandingan Tulisan Khat

Kuiz Istilah bersama Dewan Bahasa dan Pustaka

LIVE@PAB: Sejarah UiTM Pahang – Dari Rekod ke Warisan

Pameran Istimewa:
• Kisah 4 Dekad UiTM Pahang
• Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
• Bahan Penjilidan dan Pemuliharaan Buku
• Pameran Perpustakaan Awam Cawangan Jengka

Pameran dan Aktiviti Jom Exchange Quran (JEQ)

11–12 Jun 2026

Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka

Bersama-sama kita menghargai khazanah warisan, merakam sejarah dan menyulam peradaban demi masa depan yang lebih gemilang.

Penyertaan adalah TERHAD dan tertakluk kepada konsep *First Come, First Serve*.

Atur cara dan pelaksanaan program adalah *tertakluk kepada sebarang pindaan dari semasa ke semasa*.
Comments
Post a Comment