Lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2026
Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka telah mengadakan lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2026 yang berlangsung di World Trade Centre Kuala Lumpur pada 4 Jun 2026.
Lawatan ini telah disertai oleh 21 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sukarelawan perpustakaan dan staf Perpustakaan Al-Bukhari. Sepanjang lawatan, peserta berpeluang meneroka pelbagai bahan bacaan, mengunjungi reruai penerbit dan penjual buku, serta mendapatkan pendedahan terhadap perkembangan semasa dunia perbukuan dan penerbitan.
Program ini turut menjadi platform untuk menggalakkan budaya membaca, memperluas pengetahuan, serta mengeratkan hubungan antara sukarelawan dan staf perpustakaan dalam suasana yang santai dan bermanfaat.
Lawatan ini juga merupakan sebahagian daripada usaha Perpustakaan Al-Bukhari dalam menyokong pembudayaan ilmu serta memupuk minat membaca dalam kalangan warga kampus. Inisiatif seperti ini selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 4: Pendidikan Berkualiti, yang menekankan akses kepada pendidikan dan pembelajaran sepanjang hayat. Semoga program sebegini dapat terus menyemarakkan budaya membaca serta melahirkan generasi yang berilmu, berdaya saing dan berfikiran global.







Comments
Post a Comment