14 Disember 2021
Gotong-Royong Mengemas dan Menyusun Barang di Bilik Arkib
Pada 08 Disember 2021, aktiviti gotong-royong mengemas dan menyusun serta mengalihkan rak-rak besi yang terdapat di dalam bilik Arkeb PAB dijalankan. Rak-rak ini di alih bagi tujuan memastikan ruangan di bilik kemas dan mempunyai ruang yang cukup untuk meletakkan kotak arkib yang akan diletakkan di bilik arkib. Selain itu, bahan dan peralatan yang sedia ada di dalam bilik arkib ini disusun supaya lebih teratur dan lebih tersusun serta kemas.
Rak yang besi yang dialihkan ke bahagian dinding bagi mengosongkan ruang tengah untuk meletakkan kotak arkib yang baru.
Bekerjasama mengangkat dan menyusun rak besi. Kerje-kerja yang dilakukan secara kerjasama ini akan menjadikan kerja yang kita lakukan ringan, lancar dan memudahkan kerja.
Semua staf PAB bekerjasama mengalihkan barang-barang yang terdapat dalam bilik arkib. Bilik Arkib ini akan dijadikan tempat penyimpanam rekod arkib UiTM dan rakod pelajar serta menjadi tempat rujukan bahan-bahan terdahulu.
Sila ikuti maklumat terkini dilaman web rasmi kami di : https://pahang.library.uitm.edu.my/
LIKE & FOLLOW FACEBOOK Perpustakaan Al-Bukhari :
https://www.facebook.com/library.uitm.pahang
Sekian, terima kasih.
Comments
Post a Comment