23 Disember 2021
Proses Melupus Rekod Awam Perpustakaan Al-Bukhari
Bermula 13 Disember 2021, Unit Pentadbiran Organisasi Perpustakaan Al-Bukhari melakukan proses pelupusan rekod awam. Rekod-rekod awam yang dilupuskan ini adalah dari rekod Perpustakaan Al-Bukhari yang telah luput dan telah melebihi tempoh simpanan.
Sebanyak 17 kotak Rekod Awam Perpustakaan yang telah diluluskan untuk pelupusan. Proses melupus rekod awam ini telah menggunakan merincih dan dijalankan di Perpustakaan Al-Bukhari. Bagi melancarkan dan mempercepatkan proses rincih ini, staf Unit Pentadbiran Organisasi Perpustakaan Al-Bukhari telah dibantu oleh 2 orang pelajar praktikal dan berjaya disiapkan dalam masa 7 hari bekerja.
Sila ikuti maklumat terkini dilaman web rasmi kami di
LIKE & FOLLOW FACEBOOK Perpustakaan Al-Bukhari :
https://www.facebook.com/library.uitm.pahang
Sekian, terima kasih.
Comments
Post a Comment