Konsultasi Penilaian Fail dan Rekod bagi tujuan pemusnahan fail rekod awam dan homogenous di UiTM Kampus Raub
14 Disember 2021(Selasa)
Konsultasi Penilaian Fail dan Rekod bagi tujuan pemusnahan fail rekod awam dan homogenous di UiTM Kampus Raub
Konsultasi Penilaian Fail dan Rekod bagi tujuan pemusnahan fail rekod awam dan homogenous di UiTM Kampus Raub yang mencukupi tempoh simpanan. Unit yang terlibat iaitu Unit Kesihatan, Unit Penilaian Akademik (HEA) dan Bahagian Pentadbiran.
Aktiviti konsultasi ini diketuai oleh Puan Hajah Rosnita binti Hj. Ja’afar, Timbalan Ketua Pustakawan, Perpustakaan Cawangan Pahang, dibantu oleh Encik Mohd Anwar bin Hassim, Pustakawan Kanan, PTAR Kampus Raub serta staf Unit Arkib Cawangan Perpustakaan Al-Bukhari dan PTAR Raub.
Konsultasi turut melibatkan tunjuk ajar proses merekod dan memfailkan dokumen yang diterima serta pengasingan fail yang melebihi had simpanan di dalam kabinet fail termasuk semakan penyelarasan pengurusan rekod UiTM.
Sila ikuti maklumat terkini dilaman web rasmi kami di
LIKE & FOLLOW FACEBOOK Perpustakaan Al-Bukhari :
https://www.facebook.com/library.uitm.pahang
Sekian, terima kasih.
Comments
Post a Comment