Alhamdulillah, Program Library Pop-Up Express & Speed Reading 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 30 Jun 2026 di Lobi Bangunan Leucaena (Fast Track), UiTM Cawangan Pahang.
Program ini berjaya menghimpunkan warga UiTM dalam suasana yang santai dan interaktif melalui pelbagai aktiviti menarik bagi mempromosikan budaya membaca, memperkenalkan perkhidmatan Perpustakaan Al-Bukhari serta menggalakkan penggunaan sumber perpustakaan dalam kalangan komuniti kampus.
Antara pengisian program termasuk Library Pop-Up Express, Speed Reading, promosi perkhidmatan perpustakaan, pameran bahan bacaan serta pelbagai aktiviti interaktif yang berjaya menarik perhatian para pengunjung sepanjang program berlangsung.
Terima kasih diucapkan kepada semua pengunjung, peserta, warga kerja Perpustakaan Al-Bukhari, sukarelawan serta semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan program ini.
Comments
Post a Comment