Skip to main content

Program Kursus Kepimpinan Pemimpin Cilik Sekolah Kebangsaan Jengka 13

 




Program Kursus Kepimpinan Pemimpin Cilik Sekolah Kebangsaan Jengka 13
Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang telah menganjurkan Kursus Kepimpinan Pemimpin Cilik dengan kerjasama Sekolah Kebangsaan Jengka 13 pada 2 Julai 2026. Program ini telah disertai oleh 70 orang murid bersama 6 orang guru pengiring sebagai usaha membentuk murid yang berkeyakinan, berdisiplin dan mempunyai nilai kepimpinan yang tinggi.
Sepanjang program berlangsung, peserta telah mengikuti pelbagai aktiviti berkonsepkan explorace yang menggabungkan elemen kepimpinan, komunikasi, penyelesaian masalah, kerja berpasukan dan kemahiran asas ICT. Setiap checkpoint memberi peluang kepada peserta untuk berfikir secara kritis, merancang strategi serta bekerjasama dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan.
Program ini bukan sahaja memberi pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan, malah turut mengukuhkan hubungan kerjasama antara pihak Perpustakaan Al-Bukhari dan Sekolah Kebangsaan Jengka 13. Penganjuran program ini selaras dengan SDG 4 (Quality Education) dan SDG 17 (Partnerships for the Goals) dalam memperkasa pendidikan berkualiti serta memperkukuh jaringan kerjasama antara institusi pendidikan.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak Sekolah Kebangsaan Jengka 13 atas kerjasama dan komitmen yang diberikan dalam menjayakan program ini.
Sila ikuti maklumat terkini di laman web rasmi kami di:
LIKE & FOLLOW FACEBOOK Perpustakaan Al-Bukhari:














Comments

Popular posts from this blog

Ulasan Buku : Petua Menangani STRES

  17 November 2020 Tajuk Buku : Petua Menangani STRES Penulis : Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah, Haji Muhammad Zakaria, Muntazah Tumian dan Mahfuzah Omar Penerbit : Telaga Biru Sdn. Bhd. Tahun Terbitan : November 2017 Kehidupan anda dalam era globalisasi hari ini mengundang tekanan dari semua arah. Tekanan ini mengenai semua golongan dari pelajar hingga kepada ibu bapa, pekerja, golongan profesional, pemimpin dan rakyat jelata. Stres menjadikan diri kita tertekan, produktiviti diri menurun, jiwa tidak tenteram dan tindakan menjadi tidak rasional. Pada masa yang sama timbul perasaan marah, geram, lemah dan hilang keyakinan diri. Stres berpunca daripada sifat semula jadi yang tidak stabil seperti terlalu inginkan kemenangan, bersikap perfectionist, suka mendesak, risau keterlaluan, tidak mahu menerima teguran, bersangka buruk dan berdendam. Untuk menghindarkan diri daripada fenomena ini, kita perlu menangani stres dengan bijak. Jika stres tidak boleh dihilangkan sepenuhnya, ia per...

Adab Memberi Salam

Keperluan Memberi Salam Allah subhanahu wa Ta’aalaa berfirman: يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا لاَ تَدْخُلُوا بُيُوتًا غَيْرَ بُيُوتِكُمْ حَتىَّ تَسْتَأْنِسُوا وَتُسَلِّمُوا عَلَى أَهْلِهَا ذَالِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah yang bukan rumahmu sebelum meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya.Yang demikian itu lebih baik bagimu, agar kamu (selalu) ingat”.   (QS. an-Nur: 27) Rasulullah Shallallahu ’alaihi wa sallam bersabda: حَقُّ اْلمُسْلِمِ عَلَى اْلمُسْلِمِ سِتٌّ إِذَا لَقِيتَهُ فَسَلِّمْ عَلَيْهِ . . “ Hak seorang muslim atas muslim lainnya ada enam perkara: (1) Apabila engkau menjumpainya engkau berikan salam kepadanya. (2) Apabila ia mengundangmu engkau memperkenankan undangannya. (3) Apabila ia meminta nasihat, engkau menasehatinya. (4) Apabila ia bersin dan memuji Allah, hendaklah engkau mentasymitkannya (berdoa untuknya). (5) Apabila ia sakit hendaklah engkau menjenguknya. (6) Ap...

Subhanallah! Inilah Rahsia Penciptaan Kucing

Mata kucing merupakan salah satu bukti kesempurnaan Allah dalam penciptaan. Allah telah menciptakan mata kucing dengan tatacara dan letak yang sesuai dengan makhluknya. Di salah satu ayat, Allah berfirman tentang kesempurnaan ciptaannya.Dia-lah Allah yang menciptakan, yang mengadakan, yang membentuk rupa, Dia memiliki nama – nama yang indah, apa yang ada di langit dan di bumi bertasbih kepada – Nya. Dan Dialah yang Maha Kuasa, lagi Maha bijaksana. (QS. Al – Hasyr 24) Penglihatan malam kucing sangat kuat Kucing boleh dengan mudah membezakan warna hijau, biru dan merah. Walaupun begitu, kelebihan sebenarnya dari mata kucing adalah agar dapat melihat di malam hari. Kelopak mata kucing terbuka di malam hari, ketika terkena sedikit cahaya, lapisan mata yang disebut iris membuat pupil mata membesar (hamper 90% mata) sehingga mereka lebih mudah melihat cahaya. Di saat mendapat cahaya yang lebih terang, system bekerja berlawanan untuk melindungi retina, pupil mengecil dan berubah menjad...