Skip to main content

Posts

Lawatan KP Ke Kampus PFi Raub,Pahang

lawatan KP seterusnya dipanjangkan lg ke kampus PFI Raub diiringi oleh pegawai2 daripada kampus Jengka.      

Sambutan Hari Lahir Staf

Sambutan hari lahir staf Perpustakaan pada bulan Jan-April 2016 sempena kehadiran KP bersama-sama meraikan majlis yang sederhana ini dengan pemotongan pulut kuning berhias oleh birthday boy dan girls.   Majlis diraikan dengan meriah sekali.          

Lawatan kerja Ketua Pustakawan UiTM, 21 Mac 2016

Pada 21 Mac 2016, hari Isnin yang lalu, pihak Perpustakaan Al-Bukhari amat berbesar hati menerima kunjungan daripada Ketua Pustakawan, En. Noor Hidayat b. Adnan yang diiringi oleh Ketua Jabatan Arkib PTAR, En. Ariffin b. Jamaludin. Penerangan mengenai perkembangan serta pencapaian perpustakaan telah pun disampaikan oleh Pn. Rosnita bt. Ja’afar, Timbalan Ketua Pustakawan UiTM Cawangan Pahang. Di kesempatan lawatan ini juga, warga staf perpustakaan telah pun diberikan taklimat mengenai hala tuju perpustakaan serta staf sentiasa diingatkan supaya menjaga integriti serta ketanggungjawaban dalam menjalankan tugas. Lawatan kerja sehari ini telah pun berakhir pada jam 5 petang.    

Pameran Gaharu: Warisan Emas Hutan 2016

Perkhidamatan Maklumat (UPM) Perpustakaan Al-Bukhari telah mengadakan Pameran Gaharu yang bermula daripada 1 Mac 2016. Objektif pameran ini adalah untuk memperkenalkan kepada umum akan kegunaan dan khasiat gaharu. Di pameran ini juga, pengunjung berpeluang untuk memiliki 3 jenis haruman minyak wangi Gaharu yang setiap satunya berharga RM15 dan RM25 sebotol. Selain daripada itu, terdapat juga sabun gaharu dan sabun mandi yang mempunyai rahsia dan khasiat nya yang tersendiri. Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan produk jualan seperti yang dinyatakan, anda boleh datang ke kaunter perpustakaan. Hasil jualan ini akan diserahkan sepenuhnya kepada pihak FRIM Malaysia sebagai pengeluar produk tersebut.        

Anugerah Peminjam Terbanyak bagi tahun 2015

Anugerah Peminjam Terbanyak bagi tahun 2015 telah diberi kepada pelajar yang telah meminjam buku terbanyak mengikut kategori Diploma & Ijazah pada 10 Mac 2016   TAHNIAH SEMUA...        

UiTM Dalam Kenangan

Majlis Penyerahan Unit Arkib UiTM Cawangan Pahang secara rasminya telah pun diserahkan kepada Pengurusan Perpustakaan Al-Bukhari Uitm Pahang oleh Rektor UiTM Cawangan Pahang, Prof. Dr. Jamaludin b. Kasim pada jam 10.45 pagi tadi. Semoga segalanya berjalan dengan baik dan lancar.     Selain itu,Pihak Arkib PTAR juga akan mengeluarkan kenangan-kenangan sepanjang penubuhan UiTM   Memori Korporat : UiTM Dalam Sejarah ( 1956 - 2016 ) Siri 1 : Peneraju UiTM bermula dari Dewan Latehan RIDA      

BOOK SHARING PROJECT

Untuk makluman Kepada sesiapa yang memerlukan buku-buku rujukan/silibus terpakai boleh la datang dan ambil di Perpustakaan Al-Bukhari Uitm Pahang dimana buku-buku tersebut telah disumbangkan oleh pelajar dan pensyarah UiTM Jengka. sekiranya anda ada buku-buku terpakai yang ingin disumbangkan untuk keggunaan pelajar boleh juga diberikan kepada kami.