Skip to main content

Posts

"NEW ARRIVAL@PAB"

13 Ogos 2020 Koleksi-koleksi "NEW ARRIVAL@PAB" novel melayu baru yang dikeluarkan dan telah dipamerkan di ruang pameran Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang. Ada antaranya koleksi novel ini adalah penulisan dari penulis-penulis yang dikenali dan menjadi "Best Seller" serta sering mendapat perhatian pembaca. Koleksi-koleksi ini telah sedia untuk di pinjam oleh semua warga UiTM Cawangan Pahang.

Bengkel Kemahiran Microsoft Excel PAB

  07 Ogos 2020 Bengkel Kemahiran Microsoft Excel telah diadakan di Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang yang disampaikan oleh En Ismail Zanudin, Pembantu Pustakawan Perpustakaan Al-Bukhari selaku penceramah dan tenaga pelatih. Bengkel ini bertujuan untuk memahirkan semua staf PAB dalam memggunakan microsoft excel. Selain itu dapat mendedahkan kepada semua staf PAB berkaitan microsoft excel dengan lebih mendalam dan belajar mengenai penggunaan ikon-ikon yang terdapat di dalam microsoft excel.

MAJLIS PENYERAHAN BENDERA SEMPENA KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 63

  07 Ogos 2020 UiTM Cawangan Pahang telah mengadakan  Majlis Penyerahan Bendera sempena Bulan KEMERDEKAAN Malaysia ke-63 di Kampus Jengka dan Raub . Program Penyerahan Bendera Sempena Bulan Kemerdekaan telah diadakan di perkarangan Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang  yang diserahkan oleh Prof. Dr. Mohd Ilham bin Adenan, Rektor UiTM Cawangan Pahang. UNTUK SIARAN LANGSUNG KLIK DI SINI

Knowledge@Perpustakaan Al-Bukhari (KS@PAB)

  06 Ogos 2020 Program KS@PAB ini adalah siri ke-3 yang telah dijalankan kepada staf Perpustakaan Al-Bukhari Uitm Pahang, dimana kami menitikberatkan tentang penggunaan Bahasa Inggeris dalam kalangan staf PAB. Knowledge Sharing at PAB atau KS@PAB ini diadakan secara atas talian dengan mengabungkan semua staf perpustakaan Kampus Jengka & Kampus Raub.

EKSA@PAB 2020

  0 6 Ogos 2020 Gerak gempur Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) di Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang yang diketuai oleh pengerusi EKSA Hajah Rosnita binti Ja'afar. Gerak gempur ini tertumpu di sekitar kawasan perpustakaan bagi membersihkan dan menceriakan kawasan perpustakaan.