Skip to main content

Posts

KHAZANAH ALAM CAMPUS CHALLENGE 2.0 2025

  KHAZANAH ALAM CAMPUS CHALLENGE 2.0 2025  🗓️ Tarikh : 22 Ogos 2025 (Jumaat)  ⏰ Masa : 8:00 a.m. - 12:00 p.m.  📍Tempat : Arboretum Forest, UiTM Pahang  Khazanah Alam Campus Challenge 2.0 (KACC) 2025 anjuran Perpustakaan Al-Bukhari (PAB) dengan kerjasama Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM), Fakulti Perladangan dan Agroteknologi, Unit Komunikasi Korporat serta Persatuan Pelajar AS255 : ORBID - Organization Biodiversity Club.  OBJEKTIF : 1) Dapat memberi kesedaran kepada warga universiti serta masyarakat luar bahawasanya perpustakaan juga merupakan ejen penghubung kepada masyarakat terutama dalam berkaitan kesahihan maklumat.  2) Mempromosikan flora dan fauna yang terdapat di UiTM Kampus Jengka kepada seluruh dunia melalui penggunaan aplikasi iNaturalist.  🍀Penampilan khas: Encik Nik Hazlan (Pensyarah Kanan Industri Perkayuan) Cik Mazlin Kusin (Pensyarah Kanan Industri Perkayuan). Seramai 65 orang peserta hadir bagi memeriahkan program tersebut. P...

MUTIARA KATA

  Sila ikuti maklumat terkini dilaman web rasmi kami di https://library.uitm.edu.my/pahang #libphg #pabmembaca #libraryforall #PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa LIKE & FOLLOW FACEBOOK Perpustakaan Al-Bukhari: https://www.facebook.com/library.uitm.pahang

Suara Merdeka: Coretan Warga Malaysia

 Suara Merdeka: Coretan Warga Malaysia  18 Ogos – 10 September 2025 Ayuh bangkitkan semangat kemerdekaan! Sertai Program Suara Merdeka dan jadi suara perubahan untuk Malaysia tercinta.  Merdeka bukan sekadar sejarah, ia suara hati rakyat.  Jom luahkan semangat patriotik anda dalam Suara Merdeka! ________________________________________  Moh Sertai Kami:  Resensi Buku • Koleksi Perpustakaan atau Koleksi Peribadi • Hantar video rakaman resensi buku  Nukilan Peribadi • Sajak, Puisi, Pantun, Syair, dan lain-lain  Klik untuk serahan & muat naik penyertaan anda ________________________________________  Setiap PTj diwajibkan menghantar minimum 5 orang wakil bagi menyertai program ini.  

MUTIARA KATA

Sila ikuti maklumat terkini dilaman web rasmi kami di https://library.uitm.edu.my/pahang #libphg #pabmembaca #libraryforall #PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa LIKE & FOLLOW FACEBOOK Perpustakaan Al-Bukhari: https://www.facebook.com/library.uitm.pahang  

Pendaftaran kini DITUTUP

 🌿 Khazanah Alam Campus Challenge 2.0 (KACC 2.0) 🌿 📢 Pendaftaran kini DITUTUP ‼️ Terima kasih atas sambutan hangat anda 🙌 Tempat telah PENUH 🚫 Tapi, untuk program sehingga 18 September 2025 masih boleh disertai ya🤩🤩🤩✅ Buat yang telah daftar untuk esok, jumpa anda di Arboretum Forest, UiTM Pahang ya 💚✨ #KACC2 #KhazanahAlam #libphg #pabmembaca #libraryforall #PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa

Program Merdeka @PAB

 Sempena sambutan Bulan Kemerdekaan 2025, PAB dengan bangganya menganjurkan Program Merdeka @PAB bermula dari 18 Ogos hingga 10 September 2025. Pelbagai pengisian menarik menanti warga kampus antaranya: ✨ Khazanah Alam Campus Challenge 2.0 (KACC 2.0) 22 Ogos 2025 | Jumaat |  Pautan pendaftaran: https://bit.ly/417zevb  (Terhad kepada 40 peserta, siapa cepat dia dapat) ✨ Khazanah Alam Campus Challenge 2.0 (KACC 2.0) (18 Ogos – 18 September)  Pautan pendaftaran: https://bit.ly/417zevb  (Penyertaan terbuka & tiada had) ✨ Celik Jawi: Moh Kita! (25 Ogos – 10 September)  Pautan pendaftaran : https://bit.ly/CELIK_JAWI_MOHKITA ✨ Suara Merdeka: Coretan Warga Malaysia (18 Ogos – 10 September)  Pautan pendaftaran : https://bit.ly/PRA_PENDAFATRAN_SUARA_MERDEKA  (Setiap PTJ harus menghantar 5 wakil setiap bahagian) ✨ LIVE Telaah: Resensi Buku (9 September) ✨ Podcast bersama Rektor (8 September) Ayuh sama-sama kita menyemarakkan rasa cinta tanah air, memperk...

Kunjungan Hormat ke Perpustakaan Awam Cawangan Jengka

 Kunjungan Hormat ke Perpustakaan Awam Cawangan Jengka 📅 Tarikh: 12 Ogos 2025 📍 Tempat: Perpustakaan Awam Cawangan Jengka Satu kunjungan hormat telah diadakan ke Perpustakaan Awam Cawangan Jengka pada 12 Ogos 2025 bagi membincangkan program kerjasama sempena sambutan Bulan Kemerdekaan. Lawatan ini telah diketuai oleh Puan Nurfarawahidah, Pustakawan Kanan, diiringi oleh Encik Fadhli Samsudin, Pustakawan Kanan, serta dua orang staf perpustakaan. Rombongan telah disambut mesra oleh Puan Norjuliana binti Abdullah selaku wakil Perpustakaan Awam Cawangan Jengka. Perbincangan yang diadakan memberi fokus kepada perancangan bersama dalam menjayakan program yang bersifat patriotik, ilmiah dan berimpak komuniti, sekali gus memperkukuh hubungan strategik antara perpustakaan akademik dan perpustakaan awam. Sila ikuti maklumat terkini dilaman web rasmi kami di https://library.uitm.edu.my/pahang #libphg #pabmembaca #libraryforall #PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa LIKE & FOLLOW FACEBOOK Per...