Skip to main content

Tajuk program : Majlis Perasmian Jelajah Biodiversiti Pahang 2026 (DAY 1)












Tajuk program : Majlis Perasmian Jelajah Biodiversiti Pahang 2026 (DAY 1)

Tarikh : 14 April 2026
Tempat : Perpustakaan Awan Daerah Pekan

 

 

Program Jelajah Biodiversiti Pahang 2026 Daerah Pekan telah bermula pada 14 April 2026 dan berlangsung di Perpustakaan Awam Daerah Pekan.

Majlis perasmian program ini telah disempurnakan oleh Dr. Riwan Ramli, Ketua Sekretariat (Interim) Majlis Biodiversiti Pahang. Turut hadir memeriahkan majlis ialah Puan Hajah Rosnita Ja’afar, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan, Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang; Puan Nor Zahirah Muhammad Azmi, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang; Puan Nurfarawahidah Badruesham, Pustakawan Kanan merangkap Pengarah Program Jelajah Biodiversiti Pahang 2026; serta Encik Mohd Norshazlin Sa’adun Nazir, Ketua Bahagian Rangkaian Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang, bersama rakan-rakan strategik, ahli jawatankuasa dan para peserta.

 

Penganjuran program ini berperanan sebagai platform kepada masyarakat untuk meningkatkan pengetahuan serta apresiasi terhadap biodiversiti melalui pendekatan sains masyarakat dan STEM, selaras dengan usaha memupuk kesedaran mengenai kepentingan pemeliharaan alam sekitar.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan hari pertama program ini. Diharapkan pelbagai aktiviti menarik yang telah dirancang sepanjang jelajah ini akan terus mendapat sambutan dan penyertaan yang memberangsangkan.

 

#JelajahBiodiversitiPahang2026

#CitizenScienceMonth

#ActsofScience

#CityNatureChallengePahang2026

#PUiTMPahang

#STEMSainsMasyarakat

#PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa

 


 

Comments

Popular posts from this blog

Ulasan Buku : Petua Menangani STRES

  17 November 2020 Tajuk Buku : Petua Menangani STRES Penulis : Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah, Haji Muhammad Zakaria, Muntazah Tumian dan Mahfuzah Omar Penerbit : Telaga Biru Sdn. Bhd. Tahun Terbitan : November 2017 Kehidupan anda dalam era globalisasi hari ini mengundang tekanan dari semua arah. Tekanan ini mengenai semua golongan dari pelajar hingga kepada ibu bapa, pekerja, golongan profesional, pemimpin dan rakyat jelata. Stres menjadikan diri kita tertekan, produktiviti diri menurun, jiwa tidak tenteram dan tindakan menjadi tidak rasional. Pada masa yang sama timbul perasaan marah, geram, lemah dan hilang keyakinan diri. Stres berpunca daripada sifat semula jadi yang tidak stabil seperti terlalu inginkan kemenangan, bersikap perfectionist, suka mendesak, risau keterlaluan, tidak mahu menerima teguran, bersangka buruk dan berdendam. Untuk menghindarkan diri daripada fenomena ini, kita perlu menangani stres dengan bijak. Jika stres tidak boleh dihilangkan sepenuhnya, ia per...

Adab Memberi Salam

Keperluan Memberi Salam Allah subhanahu wa Ta’aalaa berfirman: يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا لاَ تَدْخُلُوا بُيُوتًا غَيْرَ بُيُوتِكُمْ حَتىَّ تَسْتَأْنِسُوا وَتُسَلِّمُوا عَلَى أَهْلِهَا ذَالِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah yang bukan rumahmu sebelum meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya.Yang demikian itu lebih baik bagimu, agar kamu (selalu) ingat”.   (QS. an-Nur: 27) Rasulullah Shallallahu ’alaihi wa sallam bersabda: حَقُّ اْلمُسْلِمِ عَلَى اْلمُسْلِمِ سِتٌّ إِذَا لَقِيتَهُ فَسَلِّمْ عَلَيْهِ . . “ Hak seorang muslim atas muslim lainnya ada enam perkara: (1) Apabila engkau menjumpainya engkau berikan salam kepadanya. (2) Apabila ia mengundangmu engkau memperkenankan undangannya. (3) Apabila ia meminta nasihat, engkau menasehatinya. (4) Apabila ia bersin dan memuji Allah, hendaklah engkau mentasymitkannya (berdoa untuknya). (5) Apabila ia sakit hendaklah engkau menjenguknya. (6) Ap...

MUTIARA KATA

  Sila ikuti maklumat terkini dilaman web rasmi kami di https://library.uitm.edu.my/pahang #libphg #pabmembaca #libraryforall #PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa LIKE & FOLLOW FACEBOOK Perpustakaan Al-Bukhari: https://www.facebook.com/library.uitm.pahang