Tajuk program : JELAJAH BIODIVERSITI
PAHANG 2026 DI DAERAH KUALA LIPIS (DAY4)
Tarikh : 17 April 2026
Tempat : Taman Negara Sungai
Relau
Jelajah Biodiversiti Pahang 2026 meneruskan siri programnya ke
Kuala Lipis dengan pengisian yang berlangsung dalam suasana alam semula jadi di
sekitar Taman Negara Sungai Relau.
Hari ini menyaksikan penyertaan seramai 60 orang yang terdiri
daripada pelajar Kolej Tingkatan Enam Seri Lipis, guru-guru serta staf
perpustakaan. Program kali ini turut diserikan dengan kehadiran Dr. Riwan
Ramli, Ketua Sekretariat (Interim) Majlis Biodiversiti Pahang, yang
bersama-sama menyantuni peserta sepanjang pengisian program.
Berlatarkan persekitaran hutan semula jadi, para peserta
berpeluang menjalankan aktiviti pemerhatian biodiversiti secara lebih dekat dan
menyeluruh. Aktiviti ini disokong dengan sesi taklimat dan demonstrasi yang
membantu peserta memahami kaedah merekod serta memuat naik data pemerhatian
dengan lebih berkesan.
Penglibatan aktif peserta sepanjang aktiviti jelas
memperlihatkan keterujaan dalam meneroka kepelbagaian spesies di kawasan
tersebut, di samping memberi pengalaman pembelajaran yang berbeza berbanding
lokasi sebelum ini.
Keseluruhan program hari ini berlangsung dengan baik, didorong
oleh kerjasama dan komitmen semua pihak yang terlibat.
Siri jelajah ini akan beralih ke lokasi berikutnya iaitu di
daerah Maran dengan pelaksanaan aktiviti yang terus memperkaya pengalaman peserta.
Nantikan perkongsian seterusnya sepanjang perjalanan Jelajah Biodiversiti
Pahang 2026
Sertai Channel WhatsApp kami untuk mengikuti perkembangan dan
perkongsian terkini sepanjang Jelajah Biodiversiti Pahang 2026:
https://bit.ly/JBP2026OFFICIAL
#JelajahBiodiversitiPahang2026














Comments
Post a Comment